Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Sabtu, 15 November 2014

The importance of redha.

Assalamualaikum sahabat2 bloggerku semua,

Apa khabar kalian semua?
Maaf, lama sangat menyepi. Sibuk dengan urusan kerja sampai tak cukup masa untuk berblogging.
Sepanjang tempoh tu juga sebenarnya saya telah berhadapan dengan beberapa siri ujian yg Insyaallah dapat mematangkan saya lagi dalam menghadapi pancaroba di dunia ini.

(Mula2 sekali nak tukar kata ganti nama dalam blog ni. Ikutkan dah lama nak tukar. Dulu banyak menulis untuk diri sendiri, jadi selesa guna perkataan aku. Tapi skrg ni banyak menulis untuk memberi inspirasi, jadi better gelarkan saya. Hikhik).

Sahabat2 semua,

Tak ada insan di dunia ini yang sempurna. Semuanya ada ujian masing2. Ada sahaja ujian yang akan datang berselang2 dengan kesenangan yang Allah beri. Tak kira kita kaya mahu pun miskin, lelaki mahu pun perempuan, berkahwin atau pun bujang, ada anak mahu pun tiada.
Ada yang diuji dengan kesenangan, ada pula kesusahan. Ada yang diuji dengan perkahwinan dan ada pula diuji dengan anak. Pendek kata tiada manusia yang terlepas dari ujianNya. Dari kita lahir sehingga lah ajal kita tiba nanti.

Saya suka sekali dengan satu kata2 bahawa Allah memilih askarNya yang hebat untuk ujianNya yang hebat. Orang yang istimewa akan diberi ujian yang istimewa. 
Dan firman Allah dalam Surah Al-Ankabut "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar mengatakan Kami telah beriman,sedang mereka belum diuji?"

Jadi sahabat2 semua, gembira lah kita bila diuji. Satunya, sebab Allah nak tengok iman kita. Keduanya pula,sebab Allah sayang kita. Lagi banyak kita diuji lagi Allah nampak kita sebenarnya. Jadi janganlah kita menangis meratap pilu dengan ujian yang datang tu ye. Sebaliknya redha...

Ha itu lah topiknya hari ini. The importance of redha. Kepentingan redha.

Sahabat semua,
Dulu, saya ni ratu air mata tau. Saya mudah sangat menangis. Sampai jadi rabun kerana menangis. Mata ni jadi mata panda (Hitam) sebab banyak sangat menangis. Sebab saya tak redha. Saya tak faham pun apa itu redha time tu.

Saya ni mmg banyak ujian dari kecil. Saya tak rapat dgn Mak ayah saya. (Maaf tak dapat kongsi mengapa sebab tak nak dedah aib sesiapa). Saya kurang kasih sayang Mak ayah. Masa kecil2 dulu saya selalu cemburu bila tengok orang lain manja ngan Mak atau ayah dia. Sebab saya tak dapat rasa macam tu. Saya dibesarkan dalam suasana penuh disiplin. Sedangkan hati saya ni lembut sangat. Jadi saya selalu menangis. Selalu berharap ada orang datang dan ambil saya jadi anak angkat. Sejak dari kecil itulah, jiwa saya selalu membara nak jadi seorng ibu. Sebab saya nak jaga anak saya dengan penuh kasih sayang. Tak mau anak saya rasa macam saya rasa.

Masa kat sekolah pula saya selalu kena buli. Sebab saya berbadan kecil dan selebet. Saya tak ramai kawan. Masa saya di darjah 2 pula, saya hmpir2 dirogol. Walau pun masa tu saya masih tak faham dengan apa yang jadi,  tapi saya jadi trauma. Dan bila di sekolah di buli, balik rumah Mak marah pula lagi - saya membesar jadi budak yang pendiam sangat. Walaupun bijak, tapi masih dipaksa untuk jadi yang paling bijak di Sekolah.

Saya amat kehausan kasih sayang. Bila dah besar, gatal pula nak mencari kasih sayang boyfriend. Jiwa masih hijau tak mengerti pancaroba dunia kat luar. Saya diuji pula dengan mcm2 ujian yang lebih berat. Yang remaja normal lain tak lalui. Tapi maaf sahabat2 semua, tak boleh share secara terbuka di sini.

Kemudian ditipu pula dalam percintaan. Ramai sahaja lelaki yang merayu2 nak berkenalan,  tapi bila saya mula memberi respond entah kenapa mereka tinggalkan pula. Yang menipu pun ramai juga. Susah sebenarnya ada muka cantik ni... Mudah ditipu. Banyak Kali saya putus cinta dan hampir setiap kali juga saya akan menangis. Sebab saya tak sangka akan ditipu.

Setelah berhadapan dengan banyak ujian, saya menjadi trauma. Saya kemurungan. Selalu menangis. Saya tak redha sebenarnya. Yelah, saya nak kasih sayang Mak ayah tapi tak dapat. Saya nak kasih sayang lelaki pula, tapi ditipu. Nak keluar berdikari tapi mak tak bagi pula. Dengan beberapa diri ujian lain - saya menjadi murung.

Selepas itulah, saya jatuh sakit. Pertama kali kena gastrik. Tapi saya tak tahu yang saya allergic dengan ubat tahan muntah. Akibatnya jantung saya jadi laju dan saya terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan sebab tak dapat bernafas. Tempoh untuk sembuh pula mengambil masa yang lama sampai terpaksa berhenti kerja.  Saya jadi sangat kurus dan hanya bergantung pada susu nutrisi sahaja. Lemah.

Ketika itulah sahabat2 semua...baru saya tahu apa itu redha. Redha sebab saya sangka saya akan meninggal waktu itu. Barulah saya redha dengan ketentuan hidup saya. Saya redha tidak mendapat kasih sayang Mak ayah saya masih kecil, saya redha ditipu ramai lelaki, saya redha dengan segalanya.

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya sembuh. Saya mula cari kerja baru dan ketika itulah bertemu suami. Ketika itu saya beritahu diri sendiri, Ya Allah aku redha jika tiada lelaki ditakdirkan untuk aku. Aku akan teruskan hidupku dan berusaha untuk hidup seorng diri. Tapi Allah Maha Besar, ketika saya redha itulah jodoh saya tiba.
Suami saya seorang yang biasa2 sahaja, tak belajar tinggi dan tak juga berharta. Tapi dia insan teristimewa buat saya. Dia sayang saya, dia terima saya seadanya. Bila saya sakit, dia jaga saya. Penyayang. Rajin. Alhamdulillah.

Nak kawin kami diuji juga, perniagaan suami jatuh. Kami tiada duit... Tapi Alhamdulillah dapat juga kawin.
Dah kawin, pun masih diuji. Masa tu suami menganggur. Hanya gaji saya seorang menangung kami berdua. Keluarga kami sama2 susah, maka kami tak mahu susah kan siapa2. Suami pula kena gangguan sihir. Tapi alhamdulillah lepas tu suami dapat bangkit semula. Dia akhirnya dapat keje gomen.
Tapi ujian lain datang pula, suami tiada sperma. Kami tak boleh dapat anak secara normal.

Ketika itu memang saya down semula. Sebab saya terlalu sangat inginkan anak. Ketika itulah saya curahkan perasaan saya pada blog ni. Ketika itu saya tak redha. Saya tak dapat terima hakikat. Tapi Alhamdulillah Allah Maha Besar, kekuatan itu datang semula sedikit demi sedikit. Saya mula belajar kembali redha. Redha kerana Allah ujian saya, redha kerana disebalik ujian ini sebenarnya tersembunyi seribu satu hikmah!

Baru2 ini saya mendapat ujian di tempat kerja. Sebenarnya saya amat suka dengan pekerjaan saya. Kerana itu saya tak kisah berpenat lelah kerja setiap hari sampai pulang lewat kerana nya. Saya berharap agar saya boleh kerja sampai pencen di sana. Tapi Allah lebih mengetahui. Saya terpaksa meletakkan jawatan. Sedih. Tapi saya redha. Mungkin Allah sudah meletakkan rezeki yang lebih baik untuk saya di tempat yang lain.
Ujian di tempat kerja yang datang sebulan dua ini juga sebenarnya telah banyak mengajar saya mengenali diri sendiri dan dunia ini. Saya bersyukur kerana diberi banyak peluang untuk belajar dalam tempoh singkat itu. Insyaallah Allah lebih mengetahui.

Sahabat semua,
Maaf atas entry yang panjang lebar mengenai diri saya sendiri ni. Haha.
Hari ini, siapa pun saya dan apa pun ujian saya - alhamdulillah saya dapat harunginya. Ada satu kekuatan invisible dalam diri saya yang dapat menghalang segala ujian itu dari masuk ke dalam hati dan melukakan hati ini. Dan saya percaya kekuatan invisible itulah REDHA. Kerana saya bersangka baik pada Allah dan yakin setiap ujianNya itu adakah untuk menguatkan saya.
Hari ini, saya dapat lihat semua ujian saya dari kecil hingga kini berkumpul menjadi satu perisai buat diri. Saya mula faham mengapa saya diuji, kerana Allah sebenarnya sedang menyiapkan sesuatu yang lebih baik buat saya.

Akhir sekali, iman dan redha ini seperti ombak. Ada pasang maka ada surutnya. Ada masanya pasti kita akan down, pasti kita akan rasa lemah juga. Kerana ketika itulah Allah menguji iman kita. Makan ketika itulah Insyaallah perisai (pengalaman dari ujian2 yang lalu) dapat membantu.

Sesungguhnya saya ni pun insan biasa yang sering leka dan lalai. Lemah dan serba kekurangan. Apa yang saya kongsi kan ini bukan sahaja untuk membantu sahabat2 semua tapi juga untuk diri saya sendiri. Semoga kekuatan hari ini dapat membantu kita di esok hari.

Its OK to be weak.
Its OK to cry and stumble.
Its OK to make a mistake and regret them.
What importance is what you learn from it and what you'll become.
Always wakes up and take the benefits from it.
Be grateful with what you have.

Wallahualam.

Till then... Take care semua.



Label