Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Rabu, 28 Disember 2016

Super Duper Bz.

Assalamualaikum

Lama sungguh tak update blog ni. Actually,saya dah sampai terlupa saya ada blog. Hehe.
Maafkan saya ye blog dear, once you were place i pour every my inner feeling and now i am too busy for you. Sorry sgt ye.. 😭😭

Perkembangan saya
*******************
Alhamdulillah, saya sebenarnya agak sibuk mengurus perniagaan saya. Sejak awal tahun hari tu sibuk dengan new project, saya mengusahakan perniagaan jewelry Silver 925. Aliya Silver Jewelry. (Do like my page on fb or follow our ig @aliyajewelry 😉) Alhamdulillah, rezki Aliya. All these memang dedication untuk dia, for her future. Saya cuma pekerja biasa je. Hoho 😁

Bila business sendiri ni, semua usahakan sendiri. Tambah pulak baru established. Tengah membina brand name, tengah meluaskan contact dan pasaran. I am lucky actually sebab 100% operation online sahaja. So tak perlu terkejar2 ke sana ke mari sangat. If ada kedai, tak tahulah busy nya macam mana.

Since saya jaga anak 24/7 sendiri, my best time to work is when she is asleep. Other than that, i will busy with house chores and kejar Aliya ke sana ke mari. So,bila Aliya tidur je, i will be rushing siapkan order, buat iklan, layan customer and agents - all in once. Everyday work overtime sampai 2-3am  and then too tired to think about anything else - tidur je. Bangun pagi dah terkocoh2 siapkan semua kerja,Masak,kemas rumah bagai,kejar2 Aliya around the house ---- and seterusnya. Itulah jadual saya setiap hari.

Alhamdulillah, my little angle dah besar dah. Next January dah 1 tahun 6 bulan. Such a lovely child. Pengarang jantung mak. (Yes, she call me mak. Actually i teach her to call me ammi, tapi dia lagi suka mak 😉) haha. My days is fill with her laughter dan gelagat comel dia. I always feel like macam just yesterday i met her, macam baru semalam dia dalam pangkuan saya,baby kecil yang tak tahu apa2.. and today dia dah besar panjang dah. I must say i rasa sangat puas sebab dapat jaga dia sendiri. It was such a wonderful experience. I am so lucky to get that.

Azoospermia Support Group
****************************
Yes, still active. We are on whatsapp group now. So if ada sesiapa nak join, please email me at shazrinas@gmail.com and give me your number.

Ahli sekarang ada 56 and alhamdulillah, we have 3 miracle ivf babies and another 1 is on the way!! 😍😍😍 We also have 12 adopted babies and counting insyaallah.  Ramai yang sedang on treatment amd insyaallah more babies are coming soon next year. Aamiin

Pada pembaca yang suami mereka juga ada masalah azoospermia, please jangan putus asa. Always be happy and positive. Sentiasa ada jalan buat kita tak kira anak sendiri mahupun anak anugerah. Allah knows best! Jangan malu2,email saya. Insyaallah saya akan balas cuma cepat atau lambat je.


2017 Hopes and Expectations
****************************
My biggest hope semoga kami sekeluarga sihat2 sahaja dan dipanjangkan umur, dimurahkan dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga Aliya Silver Jewelry maju dan berjaya. Kerana di sinilah mata pencarian buat saya dan masa depan buat Aliya. Semoga suami juga murah rezki dan sukses dalam pekerjaannya.

Ada banyak target dan planning untuk next year, semoga Allah permudahkan semuanya. Insyaallah. Aamiin..


Till then...salam sayang.
Assalamualaikum.


Jumaat, 17 Jun 2016

Seorang Puan Azoo

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan semua.
Maaf lama menyepi sehingga bersawang dah blog Saya ni. Salah 1 sebab jarang dah menulis sebab handphone saya rosak. (Sobs...) Dalam tempoh itu juga banyak email yang diterima pun, saya lambat respons sebab cek email pun pakai phone. Huhu. Maaf ye semua..

Siapakah itu Puan Azoo?
Actually azoo adalah shortform bagi azoospermia. Azoospermia adalah istilah bagi ketiadaaan sperma dalam air mani seorang lelaki.
Masalah ini agak terpencil sebenarnya. Hanya 1% dari lelaki di dunia ada masalah ini. Dan ia sangat2lah tidak sama dengan low sperm count. Puncanya lain, kaedah rawatan pun berbeza.

Puan Azoo tu isteri kepada Suami yang ada Azoo lah.. Hihi

Tak ramai isteri2 yang berani tampil mengatakan dia adalah seorang Puan Azoo. Walau dalam dunia serba canggih ini, masalah Suami ini masih dianggap taboo. Seorang wanita lebih terbuka dalam menceritakan masalah kesuburan mereka berbanding lelaki.

Ada seorang lagi Puan Azoo selain saya di dunia blog tanah air ni. Saya ada baca blog beliau dan ia sangat informative. Sesuai untuk mereka yang ingin tahu mengenai azoospermia dari awal hingga cara2 rawatan. Beliau nampaknya sngat rajin study mengenai hal ini berbanding saya yang lebih sekadar meluah perasan je. Nama Puan Azoo ni pun dialah yang cipta. So the credit goes to the her. Hope xde copywrite nama tu. Haha

Saya suggest pada mereka yang mencari info mengenai masalah ini boleh lah follow beliau. Meh Saya bagi direct link
puanazoo.blogspot.com

Pada puan2 Azoo sekalian, do follow her okay!

Till then.. Take care.

Salam ramadhan & moga peroleh seribu rahmat & keberkatan di bulan yang mulia ini.

Assalamualaikum..

Label