Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Ahad, 15 November 2015

Azoospermia - Pengenalan dan Rawatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers!

Dears,
U olls semua tahu ke azoospermia tu apa?

Azoospermia itu adalah kondisi di mana tiada kewujudan sperma di dalam air mani. Kondisi ni tak sama dengan kurang sperma, kerana cara rawatan dan puncanya adalah berbeza.

Di Malaysia, di anggarkan 1% dari lelaki ada masalah ini.

Jikalau dahulu, mungkin bila seseorang disahkan punya masalah ini, dia dianggap m****l. Tidak mungkin mempunyai zuriat sendiri. Tapi alhamdulillah, dengan perkembangan teknologi yang ada masalah ini boleh di atasi.

Selalunya, ujian kesuburan (sperm test) akan dilakukan sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan setiap satu ujian. Jika ketiga-tiga keputusan ujian menunjukkan nil (0 sperm count), maka lelaki tersebut disahkan ada masalah azoospermia.

Now, ramai yang sering menghubungi saya untuk meminta nasihat apabila baru pertama kali mendapat keputusan 0 sperm count. Selalunya, saya nasihatkan mereka jangan risau dan panik. Ada kemungkinan keputusan itu tidak benar. Kadang kala ia terjadi akibat stress, baru sembuh dari jangkitan penyakit atau kesilapan pihak makmal. Saya cadangkan mereka ambil semula ujian tersebut setelah 3 bulan. Sementara itu, ikhtiarkan memakan supplement seperti zinc, amalkan makanan sunnah dan telur ayam kampung.

Rawatan
Tak banyak hospital di Malaysia yang menyediakan rawatan khusus untuk masalah ini. Malah, ada doktor yang tidak jelas pun mengenai keadaan ini. Jika anda kurang bernasib baik dan terjumpa doktor2 begini, mereka selalunya cadangkan anda pulang ke rumah dan ambil anak angkat saja.

Penting untuk anda meminta second opinion dari doktor lain jika dinasihatkan begitu. Minta surat rujukan untuk ke hospital yang punya pakar dan kelengkapan untuk masalah ini. Rajin2lah google dan hubungi hospital/pusat rawatan yang terdekat untuk bertanyakan tentang hal ini.

Selalunya,ujian darah akan dijalankan untuk melihat hormon. Kadar hormon yang terlau tinggi atau rendah boleh menyebabkan masalah azoospermia ini terjadi. Ubat atau suntikan akan diberi untuk menstabilkan hormon. Ada kemungkinan, sperma boleh terhasil selepas itu.

Jika tidak, langkah seterusnya ialah biopsy. Biopsy akan dijalankan untuk melihat punca terjadinya azoospermia. Kemungkinan besar ialah saluran kilang sperm yang tersumbat. Jika keadaan ini, satu prosedur akan dijalankan. Doktor akan memilih di antara TESA/PESA/MESA mengikut mana yang bersesuaian. Semuanya melibatkan suntikan/ torehan di kawasan testis. Apa yang terjadi ialah, sperma terhasil tapi tidak dapat keluar akibat saluran tersumbat.

Ada juga keadaan di mana, sperm tidak di temui ketika proses ini. Kemungkinan seseorang itu punya masalah genetik yang mana menyebabkan kilang spermnya tidak berfungsi atau memang tiada kilang sperm pun. Satu ujian genetik akan dijalankan untuk pengesahan.

Bagi yang berjaya menemui sperma, langkah seterusnya adalah ivf (bayi tabung uji). Tak dinafikan ivf sangat mahal. Kos dianggarkan antara RM8,000 hingga RM20,000. Hanya inilah satu2nya cara yang ada buat masa sekarang ini. Semoga dengan perkembangan teknologi, di masa hadapan akan ada cara yang lain pula.

Azoospermia Support Group (Malaysia) 
Saya mengambil inisiatif untuk menubukan support group ini dengan tujuan dapat membantu para isteri yang suaminya disahkan azoospermia.

Selalunya, bila seseorang disahkan punya masalah ini macam2 perasaan akan timbul. Sedih, kecewa, blur, tak tahu nak buat apa malah mungkin putus asa. Dengan kehadiran group ini, dapatlah kami saling membantu dan menyokong. Banyak info, cara rawatan dan hospital yang merawat dapat diberikan.

Selain itu, sokongan emosi antara sesama ahli dalam menghadapi ujian ini amat kuat. Kerana, hanya mereka yang melalui sahaja mengerti perit getir berhadapan dengan masalah ini. Selalunya, mereka tidak punya tempat mengadu. Memandangkan kes ini sangat terpencil dan masyarakat pula masih taboo, seorang isteri itu akan terumbang ambing dan rasa sangat keseorangan. Lebih teruk jika suaminya tidak dapat menerima kenyataan dan enggan meneruskan rawatan.

Alhamdulillah, sudah 2 tahun Azoospermia Support Group ditubuhkan. Ada lebih 40 ahli serata Malaysia. Kami saling melengkapi dan menyokong antara 1 sama lain.

Paling menggembirakan, pada bulan Oktober yang lalu, kami menyambut kelahiran baby miracle kami yang pertama. 2 orang ahli lagi sedang hamil, dan ramai yang sedang dalam rawatan. Insyaallah, ramai lagi baby miracle akan menyusul. Jadi, siapa kata azoospermia tak boleh dapat anak?

Pada yang punya masalah yang sama, jangan malu2, anda boleh hubungi saya melalui email di shazrinas@gmail.com. Semoga kehadiran kami dapat membantu anda dalam menghadapi masaah azoospermia ini. Remember, you are not alone. Anda bukan bersendirian.

Till then, assalamualaikum.




Label