Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Jumaat, 24 Julai 2015

Rezki Syawal Paling Istimewa

Assalamualaikum semua, 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca.

Benarlah bagai di kata, jika Allah nak bagi sesuatu pada kita, sekelip mata kita akan dapat. Dan bagitu jugalah sebaliknya.

Alhamdulillah..
Sambutan Hari Raya saya pada kali ini adalah paling istimewa buat kami suami isteri, kerana tanpa disangka2 saya telah dikurniakan seorang anak anugerah!

Seorang baby girl yg comel!

Cerita bermula 3 hari terakhir Ramadhan. Mak maklumkan, kakak sepupu saya call memberitahu ada orang nak bagi anak.
Masa mak bagi tau pasal anak tu, terus terang saya kata berminat tu ada, tapi cuma 20% je. Saya jawab kan pada mak, "Tak pelah, suami saya mesti tak nak kot. Lagipun, kami nak mula rawatan semula".
Memang sebelum-sebelum ini pun, kalau saya ajukan pasal anak angkat suami tak bagi respons yang baik pun. Ada beberapa offer sebelum ini pun dia tolak.

Esoknya, saya call kakak sepupu saya,bertanya mengenai anak itu. Niat di hati, nak tolong kawan-kawan lain,sebab ramai saja kawan-kawan saya yang dok cari anak. Kebetulan, suami masuk bilik dan terdengar. Tamat panggilan, suami tanya. Saya pun maklumkan pasal hal ini.
Dalam acuh tak acuh sambil posing depan cermin, suami kata "amik lah".
Saya macam terkedu seketika. Betul ke ni?
Saya tanya semula beberapa kali, serius ke?
Dia pun jawab yang dia serius. Dia kata dia nak cari peneman untuk saya. Dia nak kembalikan semangat saya. Dia tak nak saya down.
Mengalir air mata saya. Gembira! Adakah ini bermakna impian saya untuk jadi seorang ibu akan tercapai tak lama lagi? Ya Allah, terharunya saya rasa.

Terus saya call kakak sepupu kata kami nak.
Tapi jawapannya yang diberi kurang seronok pula.. Dia kata yang nak beri tu, datuk kepada si baby. Mak baby tak sure nak bagi ke tak. Dia minta saya sabar 2-3 hari dulu, sebab sekarang semua duk sibuk buat persiapan raya. Lepas raya nanti, dia akan confirmkan semula. Sementara itu, dia kata saya janganlah terlalu berharap. Takut saya kecewa nanti.

Maka saya pun faham.. saya dah set di minda supaya jangan terlau berharap. Tapi sebaliknya, suami pula yang nampak excited. Setiap hari dia tanya pasal perkembangan anak itu. Bila boleh dia ambil? Malah, dia sungguh berkobar2 mengemas rumah, nak menyambut baby, katanya.
Saya pula tak excited mana pun, biasa-biasa saja. Saya risau lagi adalah, saya bertanya pada diri sendiri - mampukah aku jaga anak tu nanti? Yang paling saya takut, macam mana kalau saya tengok anak tu nanti, dan saya tak ada rasa sayang pada dia?

Pada raya ke 2, tiba-tiba saya dapat panggilan dari kakak sepupu. Dia kata boleh datang ambil anak.
Terkedu saya lagi. Berdebar-debar. Macam-macam saya fikirkan. Saya masih lagi 50-50.
Tapi kami tetap pergi juga. Mak dan ayah saya ikut sekali.

Sampai di sana, datuk baby dah siapkan baby dah. Dia terus hulur pada saya. Ya Allah, comelnya..

Katanya family dia besar, dia sendiri baru dapat anak 5 bulan lepas, jadi dia tak mampu nak jaga baby.
Tapi, ada sedikit masalah dokumen. Surat pengesahan hospital tertinggal di rumahnya di utara semenanjung.
Perasaan saya waktu itu adalah risau. Saya risau macam mana kalau datuknya tipu? Macam mana kalau tak ada surat? Nanti susah lah saya nak buktikan kelahiran baby.
Saya kata pada datuknya itu, tak apalah. Simpan baby dulu, saya akan datang semula lepas dapat surat.
Tapi suami kata, ambil lah dulu baby tu. Dia nak baby tu. Dia takut kalau orang lain ambil baby nanti, rugi! Jangan lepaskan peluang sekali ini.
Akhirnya, kami bersetuju ambil baby.
Perasaan time tu, saya masih blur-blur lagi. Serius! Macam tak percaya saya akan bawa balik anak!

Alhamdulillah, lepas beberapa hari,datuknya memberi dokumen seperti yang dijanjikan. Segala proses dapat diselesaikan.

Dan.. hadirlah bidadari baru dalam keluarga kami.
Aliya nama diberi.

Dan.. bermulalah pengembaraan baru dalam hidup kami.
Saya dah bergelar mama.
Dan suami dah bergelar papa.
Dan kami rasa bahagia dengan kehadiran aliya. Alhamdulillah.
Syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi.
Tahun ini, saga mendapat hadian syawal yang teramat bermakna. Hadiah yang tidak disangka-sangka!
Alhamdulillah.
Inilah rezki namanya..

Perasaan kami, teramat happy. Sayang sangat pada Aliya.
Rasa macam aliya tu, anak kandung kami.
Kedua-dua belah family pun nampaknya dapat menerima aliya.
Adalah dengar saudara kepochi yang jahat mulut, but.. lets just ignore that.
Yanb penting bagi saya, biar Aliya membesar jadi anak yang solehah, sihat dan kuat. Amin..

Till then,
Nanti saya cerita lagi.

Assalamualaikum.






28 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah rina....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..tahniah ye Rina...tumpang seronok bila baca entri Rina kali ini...kirim peluk cium.pada baby aliya dari auntie yg jauh ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih! Ok dear..

      Padam
  3. tahniah awakk..Alhamdulillah dah jadi mama =)

    BalasPadam
  4. masyaAllah cantiknya Allah aturkan utk rina. Alhamdulillah.. tumpang seronok baca.. aura lain macam kan ada baby dlm rumah.. Sikit lagi kut2 dpt baby sendiri due to good mood tu kan :-) akak pun tgh dlm usaha cari ank angkat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih! Betul kata akak tu. Moga berjaya ye. Aamiin..

      Padam
  5. Ya Allah! Seronoknya..! Tahniah dear.. :))

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...mudah saja urusan mendapat anak anugerah untuk rina. Kuasa Allah s.w.t. Tumpang seronok dan terharu dengan cerita rina ni.
    Teringin nak peluk cium baby aliya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih!
      Rezki murah part yang ni..

      Padam
  7. Alhamdulillah.. Bestnya.. eyza pun dah bersedia nak ambik anak angkat..cuma blom ada rezeki... harap2 eyza juga akan dapat rezeki nnt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih!
      Sy doakan untuk eyza juga. Mudah2an dipermudah. Aamiin..

      Padam
  8. tahniah rina...so happy for u :-) smg Aliya menjadi anak yg solehah... amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih!
      Insyaallah.. aamiin.

      Padam
  9. Alhamdulillah.,rezeki Allah yang sangat berharga..tahniah Rina..happy untuk rina..

    BalasPadam
  10. Salam
    Tahniah rina. Cari blog rina lepas nampak di fb. Maaflah tertinggal keretapi.. sbb jarang jenguk blog skrg.

    Semoga baby sihat dan jadi anak solehah. Semoga bahagia semuanya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam, its ok.. Alhamdulillah.. terima kasih

      Padam
  11. Salam k rina. Menangis sy baca post akak. Moga Allah beri ketenangan dan kemudahan pada kalian membesarkan anak anugerah ni. Membesar dgn sehat ye aliya.

    BalasPadam
  12. Salam k rina. Menangis sy baca post akak. Moga Allah beri ketenangan dan kemudahan pada kalian membesarkan anak anugerah ni. Membesar dgn sehat ye aliya.

    BalasPadam
  13. Salam k rina. Menangis sy baca post akak. Moga Allah beri ketenangan dan kemudahan pada kalian membesarkan anak anugerah ni. Membesar dgn sehat ye aliya.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah. Tahniah rina.... tumpang seronok untuk kehidupan awak selepas ini

    BalasPadam
  15. sy selalu baca blog ni as a silent reader... tahniah now u are a mommy! moga Aliya membawa rezeki yg melimpah ruah dlm family awak..

    BalasPadam
  16. alhamdullilah
    ketepikan mulut2 jahat kan

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Rina.

    Lama tak singgah sini. Seronoknya dah jadi mama! Tahniah untuk awak & suami. Semoga Aliya membesar sebagai anak yang solehah. Teruskan usaha untuk menyusu. InshaAllah dipermudahkanNya. Alhamdulillah :)

    BalasPadam

Label