Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Rabu, 22 April 2015

Azoospermia Support Group - Perkembangan

Assalamualaikum semua,

Pengenalan
Saya telah menubuhkan support group ini pada October 2013, lebih setahun setengah yang lalu.
Tujuan tertubuhnya group ini adalah untuk mengumpulkan mereka yang sama nasib seperti saya di bawah satu kumpulan. Kerana kes kami sangat terpencil dan taboo. Tak banyak info boleh diperolehi mengenainya.

Tambahan pula apabila dalam kes ini, pihak suami yang bermasalah. Jika wanita yang bermasalah, kita lebih terbuka. Banyak info dapat diperoleh dari akhbar mahupun web. Kita sebagai wanita, lebih terbuka membicarakan masalah kita, dan banyak ikhtiar yang ada untuk membantu. Selagi kita ada rahim, insyaallah kita pasti ada jalan untuk hamil. Malah, doktor pakar sakit puan pun banyak di negara kita.

Tapi berbeza apabila yang bermasalah adalah sang suami. Ia masih sangat taboo untuk dibicarakan. Air muka suami perlu di jaga. Bukan boleh dibicarakan secara terbuka.

Orang ramai pun sentiasa assume kaum wanita yang bermasalah bila tiada anak.

Malah orang ramai pun tidak faham dan mengerti akan situasi yang kami alami.
'Takkan suami awak tak ada benih?'
"Habis macam mana awak bersama?"
Itu semua soalan-soalan tipikal.

Azoospermia bukan mati pucuk.
Azoospermia bukan tiada air mani.
Azoospermia ialah tiada sperma di dalam air mani, dan ia hanya boleh diketahui dengan melakukan Sperm Analisis.
Azoospermia tak sama dengan masalah kurang sperm. Kerana biasanya punca dan cara rawatannya berbeza.

Doktor sakit tuan pun tidak banyak di negara kita. Lebih malang jika ada yang terjumpa doktor yang tidak arif mengenai permasalahan ini. Laju sahaja doktor tersebut mengatakan yang masalah ini tak ada penyelesaian, dan ambil lah saja anak angkat. Ramai ahli group kami yang terjumpa doktor begini.
Pusat rawatan dan hospital yang menyediakan fasiliti kemudahan rawatan untuk kes ini pun tidak banyak.

Disitulah saya nampak keperluan menubuhkan support group ini. Ramai yang hilang arah apabila tahu suami mereka ada masalah ini. Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan. Lebih parah jika pihak suami sendiri tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia bermasalah. Nak cerita pada orang pula, tak sanggup nak menjatuhkan air muka suami.

Jadi, dengan adanya support group ini, dapatlah kami saling bantu membantu.


Perkembangan
Alhamdulillah, dari 6 orang - kini ada lebih 40 orang.
Dari facebook, kini ada juga support group whatsapp - di mana kami semua berkumpul berkongsi kisah rawatan serta suka dan duka kami.
Ukhwah yang terjalin sangat kuat, kami seperti adik - beradik.

First BFP !
Tahun 2015 melihat ramai ahli berkobar-kobar meneruskan rawatan. Hampir setiap bulan ada ahli yang sedang menjalani ivf-icsi mahupun fet.
Alhamdulillah, tahun ini kami menerima berita gembira. First pregnancy dari group kami. Itu pun hanya dengan percubaan ivf-icsi yang pertama. Syukur...
Ia nya berita yang sangat menggembirakan. Ada sinar untuk masalah azoospermia ini. Moga akan ada banyak lagi BFP akan muncul.

First gathering
Insyaallah, saya sedang dalam perancangan untuk mengumpulkan kami semua. Moga dengan perjumpaan itu nanti, dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kami.

Azoospermia Financial Support
Alhamdulillah, dengan idea salah seorang ahli, kami kini dapat membantu ahli-ahli lain dari segi kewangan. Ini memandangkan, bagi kebanyakan kes seperti kami, hanya ivf-icsi sahaja yang jalan yang ada. Tambahan pula, satu pembedahan kecil perlu dilakukan pada suami untuk mengeluarkan sperm yang tersimpan di dalam kantung (jika ada).
Tidak dinafikan, ada yang boleh pulih dengan pengambilan ubat hormon, tapi kes begitu jarang terjadi.

Maka, kami membuat inisiatif membantu mereka yang memerlukan.
Untuk tempoh sekarang, kami jalankan seperti sistem kutu. Tapi insyaallah jika dimurahkan rezki, satu hari nanti kami ingin jadikan ia sebuah tabung amanah untuk membantu ahli azoospermia yang lain. Manalah tahu, jika ada penganjur yang ingin membantu kami kan?

Azoospermia to Oligospermia
Alhamdulillah, berkat usaha ada antara ahli yang suaminya dapat menemui sperma di dalam air mani mereka tanpa pembedahan. Sayangnya, kondisi itu cuma sekali sekala sahaja.
Biasanya, test pertama tiada sperm, kemudian test kedua ada sedikit, tapi test ke3 menjadi kosong kembali.

Ahli-ahli ini rajin mengamalkan pemakanan sunnah dan telur ayam kampung.

Ini mungkin akibat saluran tersumbat. Mungkin, kadang-kadang saluran itu terbuka sedikit dan ada beberapa ekor yang dapat terlepas. Haha!

Itu berita amat baik sebenarnya. Ia menunjukkan dengan kuasa Allah, apa sahaja boleh terjadi. Kun faya kun.

Penutup
Saya tahu, usaha saya menubuhkan group ini tidaklah sebesar mana, tapi saya amat gembira dengan hasil yang saya perolehi kini. I am a proud mother.

Tak ramai yang berani membicarakan perihal suami mereka secara terbuka waima di dalam alam maya pun. Tapi saya mengambil peluang membuka pekung di dada, membicarakan masalah suami saya di dalam blog ini. Tujuan saya agar saya dapat membantu mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, ramai yang sering menghubungi saya selepas membaca blog saya. Dan saya amat hargai setiap respons dan perkongsian dari semua.

Pada yang lain yang berdepan masalah azoospermia seperti saya, jangan malu-malu. Mari sertai kami di Azoospermia Support Group.
Hubungi saya melalui email di shazrinas@gmail.com
Atau search kami di facebook dan sila pm saya. Sebab biasanya saya akan interview anda dulu, baru approvekan ke group.

Sekian untuk hari ini,
Tujuan perkongsian saya adalah untuk membantu dan memberi inspirasi pada yang memerlukan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua yang membaca.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari kita.

Hingga bertemu di entry seterusnya, insyaallah.
Salam sayang.



Label