Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Khamis, 8 Januari 2015

Tips Melawan Kekecewaan (Edisi TTC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada sahabat semua...

Seperti yang saya nyatakan, tahun 2015 ini adalah tahun inspirasi. Saya ingin membantu memberi inspirasi kepada semua yang memerlukan khususnya para TTCians. Kerana tak siapa yang benar-benar memahami perasaan anda, selain seorang TTCians itu sendiri.

Jadi, tajuk hari ini ialah Melawan Kekecewaan. Melawan bukan menghadapi kekecewaan tau. Ada 2 jenis perkataan berbeza di sini. Saya ingin anda lawan perasaan kecewa anda bukan berkawan dengannya dan kemudian makan hati. No no no! We are strong girls! We are fighters!

Seringkali, hati akan tersentap bila dengar berita orang ni dah mengandung atau orang tu dah bersalin.
Seringkali, hati tersentuh tengok sebuah keluarga bahagia dengan anak-anak kecil mereka - nampak sungguh sempurna..sedangkan kita masih terus berdua selamanya.
Seringkali satu kesakitan, keperitan, kepedihan datang menerjah dalam jiwa. Naluri keibuan meronta tapi diri hanya mampu menahan air mata.

Saya mungkin dianugerahkan Allah dengan perasaan sixth sense/naluri ke-6 yang agak kuat. Biasanya, saya akan dapat merasakan seseorang itu sedang hamil mungkin lebih awal dari empunya badannya sendiri. Peka mungkin.
Selalunya hati akan mula rasa sayu dan jiwa akan terasa sedih. Mungkin Allah nak saya rasa sedih dulu supaya saya boleh bersedia dan dapat mengawal perasaan bila tahu dari orang lain nanti.
Jadi, saya telah belajar untuk melawan perasaan kecewa itu lebih awal sebelum ia menyinggah, dan lama kelamaan ia menjadi semakin mudah untuk ditepis.

Kenapa ek nak lawan perasaan kecewa tu?
Ada ke yang tanya soalan ni? He he.
Mungkin anda bukan TTCians kot, sebab tu anda tanya.

Bukan mudah dear... Untuk lawan perasaan kecewa tu dan tumpang gembira untuk orang lain.
 Bukan mudah untuk menepis naluri keibuan kita sendiri kerana tiada apa yang lebih hebat di bumi ini dapat menandingi kasih sayang seorang ibu selain hanya kekuasaan Allah swt sahaja.
Bukan mudah melihat perut orang bertuah itu memboyot saban hari, melahirkan dan mengendong pula anak kecil sedangkan kita masih kosong! Perut masih leper dan kendongan masih kosong. Kan?

Sengaja saya bangkitkan perasaan kecewa itu sekarang, supaya anda dapat mengingat kembali kekecewaan itu. Supaya anda boleh terus praktikkan tips yang diberi dan terus menepis perasaan itu nanti. Bak kata orang, practise makes perfect.

1. Kembali pada sang Pencipta.
Tips yang paling penting. Apa pun yang berlaku sentiasa ingat pada sang Pencipta kita. Dia ciptakan setiap satu dari kita dengan penuh kasih sayang. Pernah jumpa orang yang 100% sama? Jika ada pun yang sama muka pasti tak sama pula nasibnya. Betul kan?
Allah Maha Mengetahui. Bila Dia ciptakan kita, Dia telah tuliskan kisah paling istimewa buat kita. Perjalanan paling indah buat kita. Supaya nanti di syurga nan abadi, kita akan dapat merenung kembali keindahan perjalanan hidup kita di dunia. Jadi, bila kecewa - kembali padaNya. Ucapkan terima kasih padaNya kerana hari ini cerita kita telah ditulis dengan begitu istimewa sekali.
Jadi bila anda kecewa sebab tiada anak, kembali lah pada Allah. Merayulah. Menangislah hanya padaNya. Bukan untuk cakap anda tak tahan dengan ujian yang diberi tau! Tapi untuk meminta kekuatan berhadapan dengan ujian yang datang. Ujian yang datang ni bukan apa, sebaliknya kasih sayang dari Allah untuk kita.

2. Bangga dengan diri anda.
Kenapa? Kerana orang yang hebat pasti mempunyai ujian yang hebat. Jadi, jika kisah anda istimewa, maka anda adalah diantara orang yang hebat. Anda di pilih dalam berjuta-juta hambaNya untuk merasa melakonkan skrip istimewa yang ditulis oleh Allah di luf mahfuz!
Bukan calang-calang orang dapat merasa apa yang anda lalui. Bukan semua orang ada kisah hidup menarik macam kita ni tau!
Bangga tu jangan lah tahap nak berlagak pula ye! Bangga dengan diri sendiri je. Beritahu pada dalam diri anda sendiri sahaja. Sudah cukup dear! He he.

3. Bersyukur
Ye sahabat2. Bersyukur.
Hari ini anda masih bernafas. Anda cukup makan dan pakai. Anda ada rumah tempat berteduh. Anda cukup segala anggota badan dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Bersyukur kerana anda sekurang-kurangnya mempunyai pasangan hidup anda bersama. Anda bukan andartu atau balu. Alhamdulillah.
Bersyukur anda hidup aman dan damai. Anda bukan dari negara yang berperang dan anda bukan orang gelandangan.
Hari ini setiap orang yang anda sayang ada bersama anda. Menyokong anda. Anda bukan keseorangan!
Biasa kan diri sendiri untuk mengungkapkan skrip syukur begini setiap hari. Bila sedih dan kecewa ungkapkan lagi pada diri sendiri. Kalau perlu tuliskan pada diary anda setiap pagi mengenai perkara-perkara yang anda syukuri setiap hari.
Ingat pesan orang bijak pandai, pandang kepada orang yang lebih susah dari kita bukan pada yang lebih senang.

4. Gembirakan orang lain.
Ramai orang tidak faham akan kehebatan kesan perbuatan ini. Bila kita gembira kan orang, Insyaallah kita akan rasa lebih gembira. Bukan lah bermaksud korbankan diri anda untuk kegembiraan orang lain. Cukup sekadar yang termampu. Kualiti pemberian lebih penting dari kuantiti. Keikhlasan yang lebih penting. Tak penting ahli keluarga ke, sahabat-handai ke, anak yatim ke.
Ada sahaja yang akan cakap macam-macam. Mungkin dia kata kita perasan bagus,berlagak baik. Mungkin dia akan tanya plak kenapa kita ni baik sangat ke kan?
Abaikan sahaja mulut-mulut orang tu. Bagi tahu diri sendiri, aku buat ni bukan kerana sesiapa, ikhlas kerana Allah! Siapa tahu keikhlasan kita tu akan mendapat seribu kebaikan dari Allah pula. Malaikat pun sentiasa akan doakan kita. Kan ke bagus tu sahabat2 semua?

5. Jangan banyak berfikir.
Ha ini memang sangat betul. Jangan nak bazirkan masa anda dengan duduk termenung melayan perasaan lagi-lagi sebelum tidur. Kerana masa itulah masa paling mudah untuk fikiran kita diracun dengan pelbagai perasaan. Yang tak ada pun akan diadakan.
Alihkan fokus anda. Bila anda tak fokus otak anda pun akan sibuk fikiran benda lain. Sebaiknya hiburkan diri anda dengan bacaan al quran. Kalau tak anda juga boleh membaca, menonton televisyen atau melayan hand phone anda tu.
Elakkan dari melakukan aktiviti yang akan menjerumus perasaan anda ke lembah kesedihan. Sebaiknya dear2  semua, buat sebaliknya. Do the opposite from it.
Aktiviti paling saya gemari membaca fakta-fakta menarik atau melayari laman web lucu untuk menghiburkan hati. Bila anda ketawa Insyaallah perasaan berkecamuk tu pun akan hilang. Percayalah! 100% terbukti berkesan tau!
Banyak kan menuntut ilmu pengetahuan baru (yang berguna seeloknya).

6. Redha.
Dah beberapa kali dah saya tekankan pasal redha ni. Boleh rujuk entry2 terdahulu. Bila anda redha dan tak melawan, Insyaallah hati akan rasa lebih tenang.

Ha! Dah rasa lebih elok tak? Hilang dah perasaan kecewa anda sebentar tadi? Bagus!
Terus amalkan tips-tips yang saya beri. Secara online mahupun offline. Lama kelamaan Insyaallah anda akan lebih mudah melawan kekecewaan yang datang.
Bila masih kecewa,jangan mudah melatah. Bertenang dan tarik nafas perlahan2. Ingat bahawa anda istimewa dan bersyukur dengan apa yang anda ada. Terus kan praktis dan semoga Allah merahmati kesabaran anda tu.

Terima kasih sudi membaca saya membebel panjang lebar ni. Insyaallah lebih banyak tips akan saya berikan. Semoga dengan kata-kata saya sedikit sebanyak dapat membantu anda mengemudi bahtera kehidupan diluar sana.

Salam sayang,
Shazrina.

**Hak cipta terpelihara milik Shazrina Bt Sharif Mohamed. Anda diizinkan untuk menggunakan apa sahaja yang saya kongsikan setelah anda meminta keizinan saya terlebih dahulu atau menyatakan sumber anda adalah dari blog ini. Peace yo! 

12 ulasan:

  1. Shazrina, suka artikel ni...
    Alhamdulillah, sy tak pernah rasa kekecewaan. Sentap je ade... sama ke tu?hehehee...
    Apa yg saya pikirkan bila sentap is ingat balik kenapa Allah s.w.t cipta manusia. then it really make me calmdown..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good approach to zarith. Bila down kita kembali pada pencipta. Insyaallah

      Padam
  2. Thank you Shazrina for this post. Memang saya la tu orang yang selalu kecewa dan sentap tu. Entri ni menyejukkan hati saya yang mudah betul panas haha. Keep on writing, dear. Love it <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks dear. Insyaallah moga kata2 saya dpt jadi penyejuk orang. Amin.

      Padam
  3. thanks for this entry Rina...Love it!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome.and terima kasih atas kesudian membaca ya.

      Padam
  4. Assalam. Baca ur artikel, made my day. Awal cycle, tak kecewa, lepas O-day and counting DPO, dah mula nak kuciwa. smile always ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah keep positif always.

      Padam
  5. Assalamualaikum...suka dengan entry ni.
    Saya pun cepat rasa sedih bila setiap kali cik p datang, tapi saya juga cepat lega..mungkin malas layan perasaan tu sangat..
    Sebenarnya kita TTCian adalah insan yang sangat bertuah. Semoga kita semua akan dapat anak tidak lama lagi.. InsyaAllah..aamiiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup dear. Insyaallah dan amin...

      Padam

Label