Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Rabu, 28 Januari 2015

Tiada Anak - Stigma Masyarakat Kini

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger semua,

Surah As-syura ayat 49 dan 50, terjemahannya.
' Kepunyaan Allah lah kerajaan di langit dan bumi. Dia menciptakan apa sahaja yang dikehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki'
'Dan Dia menganugerahkan kedua2 kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia jadi kan sesiapa tidak ada anak kepada sesiapa Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa'

Hari ini, saya memulakan entry saya dengan ayat di atas, kerana saya ingin bercerita mengenai topik yang taboo - kemandulan.

Tiada siapa suka di panggil dengan perkataan begitu. Tiada siapa. Saya sendiri sebenarnya berat hati menaip perkataan tersebut. Tapi perlu, kerana ia bersangkut paut dengan kisah Nabi Muhammad S.A.W yang saya ingin kongsikan.

Pada zaman Baginda, datang seorang sahabat menangis kepada Baginda. Apabila ditanya, dia berkata 'Aku sedih ya Rasulullah. Sudah bertahun aku bernikah tapi tidak dikurniakan anak. Aku digelarkan mandul ya Rasulullah'.
Terus Baginda bersabda 'Orang yang mandul itu bukan orang yang tidak punyai anak! Tapi orang yang mandul itu adalah mereka yang punya anak tetapi tidak mendoakan mereka apabila sudah meninggal'. Wallahualam.
Tak ingat sudah hadith dari siapa tapi pernah beberapa kali dengar kisah ini dari Ustaz dan ustazah di kaca TV.

Jadi sahabat semua... Jangan!
Jangan kata seseorang itu mandul. Kata lah sahaja dia belum ada rezki.
Jangan kata macam-macam kepada pasangan yang diuji dengan ketiadaan anak. Kerana bukan mereka yang meminta keadaan begitu. Renung kembali ayat yang saya kongsikan di atas. Itu semua kehendak Allah.

Jika Allah kata si hambaNya ini ada anak, maka itu adalah yang terbaik buat dia.
Dan jika Allah kata si hambaNya itu tiada anak, maka itu juga pasti yang terbaik buat dia.
Allah dah aturkan semuanya siap-siap. Cantik dan rapi skrip Allah tulis kan untuk kita. Kerana Dia adalah pengarang yang Terbaik dan sesungguhnya Dia adalah yang Maha Mengetahui.

Jadi kenapa kita sebagai manusia boleh mempersoalkan ketentuan Allah?

Hari ini saya ingin menyampaikan pesanan. Pesanan dari semua rakan-rakan yang senasib seperti saya (masih belum dikurniakan zuriat) kepada semua. Luahan hati kami semua buat anda yang Alhamdulillah dimurahkan rezki untuk menimang zuriat.

Kenapa saya nak berpesan?
Sebab seringkali kami ini di salah ertikan. Seringkali kami dijadikan tajuk untuk diguraukan. Seringkali kami ditanyakan/diasakkan dan kadang kala dihina dengan soalan yang sama.
Setiap hari ada sahaja hati antara kami yang terluka dengan pertanyaan/gurauan atau mungkin 'nasihat' dari kalian.

Kita bukan lagi hidup di zaman 50-an, yang rata-rata mungkin tidak pandai membaca. Kita di zaman IT. Maklumat di hujung jari!
Tak perlu ada dikalangan anda yang menjadi doktor tak bertauliah untuk kami.
Tak perlu nak ajar kami bagaimana untuk bersama suami atau bagaimana untuk mengira waktu subur kami. Tak perlu anda kongsikan ubat dan penawar yang di pasaran untuk kami.
Tak perlu nak tanya soalan seperti 'dah urut?' atau 'Tak jumpa doktor ke?' kepada kami.

Kerana kemungkinan besar kami dah buat pun semua itu. Malah mungkin ilmu kami mengenai hal-hal ini lagi banyak dari kalian.
Mungkin kami sudah pun habis kan berpuluh ribu untuk tujuan yang satu itu.
Adakah perlu untuk kami hebahkan semua yang kami buat kepada anda? Mungkin tidak perlu kot, kerana anda tidak berada di tempat kami. Anda mungkin tidak faham atau tidak pernah dengar pun masalah yang kami hadapi.

Bukan marah, jauh sekali membenci. Kami semua yang diuji ini cukup faham dengan keprihatinan anda. Seringkali hati kami dilukai dengan kata-kata anda mengenai ujian kami. Tapi kami hanya diam kerana kami tahu anda tidak mungkin dapat memahami pun apa yang kami rasakan. Kerana anda tidak melalui apa yang kami lalui.

Demi Allah, tiada siapa ingin diuji dengan ujian begini. Tiada siapa ingin melihat pangkuannya kosong, tangannya kosong tanpa pelukan seorang anak. Kesakitan yang dilalui pula tidak tertanggung dek naluri keibuan dan kebapaan kami.

Jadi lain kali jika lihat pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat, tak perlu tanya setiap kali berjumpa. Tak perlu pegang perut atau seloroh macam-macam kepada kami. Tak perlu asakkan sebarang tips atau ubat kepada kami. Tak perlu berada hairan dan persoalkan ketentuan Allah buat kami. Tak perlu pula kasihankan keadaan kami dengan ujian ini. Ingat sahaja Allah itu Maha Mengetahui.

Sebaiknya cukup sekadar mendoakan di dalam hati. Kami akan memberitahu masalah kami kepada anda jika perlu. Kami akan bertanya mengenai tempat urut terbaik atau ubat-ubat jika perlu. Layan kami seperti biasa sahaja, seperti sebahagaian dari kalian. Tidak ada bezanya ada anak atau tidak, kita tetap sama di sisi Allah.

Jangan anda persoalkan dosa pahala seseorang pula kerana dia tiada anak lagi. Ingat, Nabi Allah pun ada yang tiada anak juga. Jadi adakah mereka itu berdosa?
Jadi jangan..jangan jadi manusia yang kufur dengan nikmat Allah. Jangan jadi manusia yang lupa pada ketentuan Qada' dan Qadar Allah. Nasib kita semua berbeza-beza.

Akhirat kata, maaf jika ada terkasar bahasa atau terlebih bicara dalam entri kali ini. Sesungguhnya niat saya menulis ikhlas kerana Allah. Semoga dengan tulisan saya dapat membantu mereka yang memerlukan. Ambil yang baik dan buanglah yang buruk. Semoga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian nurani saya. Insyaallah. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari manusia sendiri.

Saya izinkan anda untuk share entri saya ini kepada sesiapa dikehendaki. Moga beroleh manfaat darinya.
Feel free to email me at shazrinas@gmail.com. Saya suka sekali dapat mendengar cerita anda.


Salam sayang, 
Shazrina. 








16 ulasan:

  1. thanks dear...semoga kita tabah dengan cakap2 org luar

    BalasPadam
  2. fuhhh.. this is awesome.. mmg nak share la kan.. ^_^

    BalasPadam
  3. semoga kita yang masih berttc ini sentiasa sabar dan tabah hadapi dugaan ni..

    insyallah masa ye akan tiba..

    salam perkenalan . jemput ke blog :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Salam perkenalan juga.

      Padam
  4. Very inspird me rina. Salam ttc.

    BalasPadam
  5. bila baca entry ni teringin pula nak cakap pada siapa2 nak mengajar2 tu, like this "eh tak payah ajar la, kat internet melambak" bhahaha..

    BalasPadam
  6. salam...terjengah blog ini secara tak sengaja...semoga kita diberi kekuatan iman utk menghadapi ujianNya dan dimudahkan segala urusan kita...saya dh lama laluinya smpi skrg pun still org bersikap macam tu...tapi buat pekak dan xnampak je....hehe.Allah knows better.Jika sudah tertulis rezeki kita,xakan ke mana.InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu dear sis, insyaallah moga kita semua beroleh zuriat sendiri hendaknya. Amin.

      Padam
  7. salam.. saya sering diperli tentang issue anak.. yelah, kami dh 5 tahun berumahtangga.. mcm2 cara kami usaha.. yg tahu cuma kaminsuami isteri.. sunggu terluka bila ada orang yg sanggup kata macam2, seolah2 kami ni dah berputus asa.. sungguh hati ni terluka ! cuma orang yg senasib shj yg memahami..

    BalasPadam
  8. Bismillah....
    Assalamualaikum, saya SERIUS mencari bayi lelaki. Saguhati akan disediakan dengan perbincangan bersama. Maaf saya tak dapat memberi wang pendahuluan sebelum bayi bersalin. Selepas melengkapkan segala dokumen penyerahan anak angkat, saguhati akan diserahkan. Harap biomum faham. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya juga tak dapat menjaga biomum sebelum bersalin sehingga pantang kerana saya tinggal bersama mentua. Boleh call or wa saya 0135903771. Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Bismillah....
    Assalamualaikum, saya SERIUS mencari bayi lelaki. Saguhati akan disediakan dengan perbincangan bersama. Maaf saya tak dapat memberi wang pendahuluan sebelum bayi bersalin. Selepas melengkapkan segala dokumen penyerahan anak angkat, saguhati akan diserahkan. Harap biomum faham. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya juga tak dapat menjaga biomum sebelum bersalin sehingga pantang kerana saya tinggal bersama mentua. Boleh call or wa saya 0135903771. Terima kasih.

    BalasPadam
  10. so inspiring.. Salam ttc sis.. ;)

    BalasPadam

Label