Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Ahad, 11 Januari 2015

Berhenti Risau! Tips atasi Kerisauan.

Hi.. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Saya seorang yang memiliki minda yang aktif. Jadi saya ini seorang yang rajin berfikir. Adakalanya minda terlalu aktif sampai nak tidur malam pun susah. Ada sahaja benda yang difikirkan.

Banyak kebaikan minda aktif ini. Biasanya orang yang minda aktif ini bijak. Sebab mereka banyak bertanya. Banyak cuba mengungkai jawapan pada persoalan-persoalan yang bermain di minda. Mereka suka mencari ilmu baru dan mempunyai memori yang bagus. Ini mungkin sebab sel-sel dalam otak banyak berhubung.

Tapi ada keburukan juga. Antaranya seseorang boleh terlalu banyak berfikir sampai menganggu proses logik otak. Dan mudah pula risau.

Risau.
Itu lah tajuk kita hari ini. Saya seorang yang mudah risau. Anda bagaimana?

Kerisauan bukan lah sesuatu yang bagus. Macam saya maklumkan kat atas tadi, ia menganggu proses logik otak.
Fun fact : Kerisauan adalah genetik. Jika ibu bapa anda adalah seorang yang heavy thinker maka peluang anda untuk mewarisinya adalah tinggi juga.

Sebenarnya kenapa perlu kita risau? Apa yang akan berlaku tetap akan berlaku. Kun faya kun. Risau lah macam mana pun, anda takkan dapat mengubah hakikat sesuatu perkara itu.
Mungkin statistik ini boleh membantu. 40% dari perkara yang anda risau kan sebenarnya tidak akan terjadi pun. Jadi buat apa nak membazir tenaga anda untuk sesuatu yang tidak boleh kita kawal? Betul tak?

Lepas buat kajian dan proses tidak-merisaukan-diri-sendiri, (haha) saya tampilkan pada anda beberapa tips untuk atasi kerisauan. Latih diri anda supaya anda tidak lagi seorang yang mudah risau.

1. Sibuk kan diri.
Yup that's true! Bila kita sibuk, kita tak banyak berfikir. Betul tak? Dulu kala,masa saya sibuk dengan bidang finance, jarang betul saya risau sebab saya terlalu sibuk.

2. Alihkan perhatian anda.
Ini lagi satu tips penting. Bila mula risau, alihkan perhatian anda. Biar otak anda fokus pada perkara lain pula. Anda boleh membaca, bermain games, telefon kawan lama atau mendengar musik. Paling bagus - ambil wudu' pergi solat atau mengaji Al Quran.

3. Buat to-do-list.
Ini penting untuk orang yang risau mereka terlupa. Buat to-do-list anda untuk mudah kan segala urusan.

4. Menulis diari. 
Ada antara kita yang mudah risau dan mula menjadi serabut. Jadi apa kata anda mula menulis. Luahkan segala kerisauan yang ada dalam hati pada diari anda. Hati akan rasa lebih lega, otak akan rasa lebih kosong. Selepas itu, baru boleh anda fokus pada the big picture. 

5. Belajar bersyukur.
Risau kan masa depan? Duit tak cukup? Tak ada kerja? Belum kahwin? Tak ada anak?
Kita semua ada seribu satu masalah dear... Tapi adakah dengan risau dapat membantu? Ketika inilah seseorang perlu bersyukur.
Mulakan dengan perkara yang kita syukuri dalam hidup kita ini. Tubuh badan sempurna, kesihatan yang baik,kehidupan aman damai... Dan banyak lagi. The list will go on.
Percayalah ada banyak perkara yang kita perlu syukuri. Insyaallah rasa risau itu akan hilang dengan sendiri nya.

6. Bertenang.
Ya kawan-kawan. Belajar untuk relax. Bila anda risau, tarik nafas dalam-dalam dan lepas kan perlahan-lahan. Setiap kali hembus nafas tu beritahu diri sendiri, anda sedang relax dan semuanya akan normal.

7. Hadapi masalah anda.
Ini adalah yang paling penting. Apa sahaja yang anda sedang risau kan, hadapi masalah anda! Tak guna anda terus risau tanpa sebarang tindakan. Sebaliknya, be a fighter dan hadapi apa yang sedang merisaukan anda. Selesaikan masalah yang datang dengan penuh keyakinan.

Semoga entry saya kali ini bermanfaat buat sahabat-sahabat semua. Tak guna risau lebih-lebih, ia bukan sahaja effect minda tapi juga kesihatan dan pergaulan sosial kita.
Apa pun yang mendatang. Hadapi dengan senyuman. Insyaallah semuanya akan OK.

Sampai di sini...

Salam sayang,
Shazrina

P/S - Adakah entri ini membantu? Kongsikan pendapat anda dan juga maklumkan apa yang anda ingin baca dari saya. Komen di bawah atau emelkan ke shazrinas@gmail.com.

Hak cipta terpelihara ya. Kalau ada antara anda ingin share artikel saya, mohon minta izin atau sekurang2nya beri link entry ini. Peace yo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label