Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Isnin, 8 Disember 2014

Pengalaman bersama wanita TTC selama 21 tahun.

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian,

Tak sampai 3 minggu lagi,  Adik perempuan saya akan melangsungkan perkahwinannya.
Saya ni cuma ada 3 beradik sahaja. Saya yang sulung. Yang ke2 ni 25 tahun dan yang bongsu 21 tahun.

Insyaallah lepas ni Adik saya tu boleh lah menunaikan impian mak untuk dapat cucu. Semoga mak happy nanti.

Sebagai wanita, tipulah saya kata saya takkan sedih. Malah sebenarnya saya dah mula menyiapkan diri mental dan fizikal untuk bersedia apabila berita gembira itu tiba nanti. Sudah tentunya, saya tak mahu Adik merasa siksanya menjadi wanita berttc macam saya ni.

Hari ni bukan nak cerita pasal Adik.. Tapi nak cerita pasal pengalaman saya menghabiskan 3 hari bersama pasangan yang tidak mempunyai anak.

Kalau anda semua mengikuti blog saya dari awal, anda mungkin ada membaca bahawa saya mempunyai seorang abang sepupu yang juga mempunyai masalah azoospermia.
Mereka bernikah pada tahun 1993, masa tu mak saya sedang mengandungkan Adik saya yang bongsu. Bererti, tahun ini sudah 21 tahun mereka bernikah.

Dari apa yang saya tahu, mereka pergi bertemu dengan Dr Hamid Arsyad. Setelah dimaklumkan abang sepupu saya tiada sperma, dia telah dibekalkan dengan ubat untuk dicuba. Tapi, dia tak pernah makan pun ubat tersebut. Tiada juga apa-apa rawatan susulan dilakukan. Katanya, "dah doktor kata tak boleh dapat anak, nak cuba apa lagi."
Sebagai wanita dan isteri, bila dengar macam tu, hati mana yang tidak sedih. Saya dapat rasakan beliau pastinya melalui hari-hari yang sukar untuk menerima kenyataan ini kan?
Hanya Allah lah yang tahu bagaimana dia memujuk hatinya.

Mereka tidak berminat untuk mengambil anak angkat dari luar. Tapi mereka pernah mengambil anak saudara mereka sebagai anak angkat. Di jaga dari sejak lahir, saya dapat bayangkan ke bahagian yang mereka kecapi tu... Tapi sayangnya, ibu baby tu meminta anak dia semula.
Yelah, nama pun saudara. Mungkin bila tengok anak sendiri membesar di tangan orang, dia jadi tak sanggup.
Abang sepupu dan isteri terpaksa pulangkan anak tu, rasanya tak sampai beberapa bulan pun mereka dapat jaga.
Sedihnya kan? Saya yang mendengar pun tidak dapat membayangkan kepedihan mereka, lagi2 pada si isteri.

Kisah ni bukan mereka cerita sendiri...tapi diceritakan oleh mak saya. Saya tak tergamak nak tanya apa-apa pada mereka.

So, (baru nak mulakan pengalamannya ni... Hihi... Panjang sungguh intro saya ye.)
Untuk menghantar kad jemputan kahwin Adik, mak ajak abang sepupu menemani kami ke utara. Sebab kampung dia memang kat sana. Dia lebih mahir dengan jalan-jalan kat sana.
Saya dan suami saja aje ikut menyibuk sekali... Salah satu sebabnya suami nak sangat ke Penang. Tak pernah naik jambatan lagi. Sebab yang lain pula sebab saya dah cakap pada emak nak temankan dia hantar kad.

Maka,bermulalah perjalanan kami ke Perak sampai la Perlis. Kami pergi naik kereta MPV abang sepupu je (baru dibeli) - why I mention pasal baru dibeli ni? Continue baca, nanti anda faham.
Kami berenam. Couple semuanya.
Mak dan ayah.
Saya dan suami.
Abang sepupu dan isteri.

Sepanjang perjalanan, berpuluh rumah jugalah kami pergi - hampir semua tempat aku mendengar ayat2 cepumas ditujukan pada isteri abang sepupu tu.

  • Temankan mak saya hantar kad kawin - "Tak apalah, korang bukannya ada anak pun. Bolehlah ambil cuti temankan orang hantar kad kahwin..."
  • Nampak kereta baru abang sepupu - "Buat apalah beli kereta besar2 tu, korang bukan ada anak pun."
  • Hari ke-2 perjalanan, aku diserang migraine. Mungkin sebab cuaca panas sangat. Aku muntah. Manakala isteri abang sepupu kena cirit birit - tersalah makan agaknya. Pun jadi isu kawan2. Saya macam biasalah, orang cakap nak lekat agaknya. Isteri abang sepupu tu pun kena juga. 
Yang saya suka sangat nak ceritakan bukanlah usikan dan soalan cepumas dari pak cik2 dan mak cik2 kepochi tu, tapi pasal penerimaan beliau terhadap perkara ni. 

Nak tahu, sepanjang masa beliau hanya gelak dan senyum besar sahaja.
Bila diusik pasal kereta dia boleh jawab dengan sengih "Nanti boleh bawak semua orang pergi jalan2. Kalau mak cik/pak cik nak datang Selangor nanti pun kami boleh bawak". 
Bila diusik pasal nak lekat tu, dialah yang paling banyak 'amin'kan ucapan tu. Sedangkan umur dia dah 45 tahun dah - tapi masih menaruh harapan lagi kan? 
Nak tahu, dia cukup mesra dengan semua orang yang kami jumpa. Walaupun kebanyakan yang kami temui tu bukan saudara dia pun, tapi saudara suami dia - dia sentiasa ringan tulang bantu apa sahaja yang perlu. 
Pada budak2 kecil lagilah dia cukup mesra. Dia bermain dengan mereka macam anak sendiri. Setiap kali nak balik, mesti dia akan hulurkan duit pada semua budak2 yang kami jumpa.
Dia boleh berbual dengan orang yang mengandung dan yang baru melahirkan anak, seolah2 tiada apa2 pun.

Sedangkan saya, saya pun tak sekuat dia. Saya sentiasa mengelakkan budak2 lagi2 baby. Saya cuba sedaya upaya tak mahu pegang mereka sebab tak mahu ada rasa 'sakit' di hati tu. Saya elakkan diri dari mereka yang hampir sebaya dengan saya sebab mereka dah kahwin dan ada anak - tapi saya tak ada. Sebab saya tak mahu ditanya soalan cepumas yang menyakitkan telinga tu. 

Saya amat kagum dengan isteri abang sepupu ni sebenarnya. 
Masa saya kahwin dulu, dia sanggup ambil cuti - berkampung kat rumah kami, tolong setiap kerja yang perlu. Dia ramah. Banyak cakap. Semua orang dia sapa macam dah lama kenal. Jiran2 malah family mertua saya paling kenal pada dia. 
Bukan majlis saya aje, tapi setiap majlis - Dia akan beri 100%. Tak kira kenduri kahwin, kesyukuran atau pun tahlil. Dia hadir pada setiap majlis. Tak pernah miss apa pun. Sanggup ambil cuti dan tolong apa yang perlu. 
Setiap kali dia di aju pasal anak, tak pernah sekali pun saya tengok muka dia berubah. Sentiasa senyum penuh mesra. Tak nampak pun dia pamerkan rasa sedih. Ada sahaja jawapan yang kadang2 mencuit hati agar bukan sahaja dia, malah makcik pakcik yang bertanya pun akan senyum.

Sedangkan saya ni, sentiasa mengelak majlis. Sentiasa cuba tak mahu jumpa ramai orang. Sebab tak mahu di tanya macam2. 

Dulu, sebelum kahwin saya kurang faham kesakitan yang dia rasa. Tapi sekarang saya amat faham. 
Tapi saya masih tak mampu untuk menyelami hati dia. Tak mampu membayangkan diri ni ditempat dia. Tak mampu nak jadi baik hati dan senyum sentiasa macam dia.

Saya belajar banyak perkara pada trip kali ini. Tak sia2 saya temankan mak hantar kad kahwin Adik. 
Saya dapat mengenali dia dengan lebih dalam dan dapat melihat bagaimana seorang TTC sepertinya hidup. 
21 tahun cukup lama. Pasti macam2 yang telah dia tempuhi. Mengenangkan itu, bertambah kagum saya pada kesabaran dia.

Kawan2 semua, 
Saya berkongsi untuk menjadi kan dia sebagai satu inspirasi buat kita semua. Saya tahu kita takkan mampu hidup berttc selama 21 tahun. 
Saya sendiri tak mampu. Saya pasti ingin mengambil anak angkat untuk mengisi kekosongan. Kan? 

Semoga perkongsian saya kali ini dapat sedikit sebanyak membantu kita menjadi lebih kuat dan tabah. Lebih positif dan bersangka baik.

Dia mungkin ditakdirkan untuk tidak memiliki anak di dunia ini, tapi kebaikan dan kemesraan dia pasti akan menjadi satu rahmat di akhirat nanti. Insyaallah.

Till then...

Salam sayang, 
Rina.





15 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian kak Shahrina Ahmad. Maaf sgt2 tak sengaja telah terpadam komen akak. Tak tahu pula mcm mana nak recover semula. Ada sape2 boleh tolong?

      Padam
    2. Ini adalah komen dari Shahrina Ahmad.

      Cakap pasal kereta MPV, teringat masa saya beli ezora dulu. Salesman tu ckp, ni mesti anak ramai ni beli ezora. Sy pandang husband, husband pandang sy, kami senyum je la. Hehe..sy pon dah ttc selama 7 thn.


      P/s - maaf sekali lagi ye dear sebab terpadam. Huhu.

      Padam
  2. Tiba2 entry ni buat akak refleksi diri,kalau dah sepenuh redha,inshaAllah boleh lakukan begini,maknanya hati ni belum betul2 redha,berbolak balik..ya Allah..ampunkanlah dosa2 kami..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak nuriz iman. Kita kata kita redha tapi masih jauh lagi. Insyaallah moga kita sama2 boleh menuju ke arah keredhaan Allah.

      Padam
  3. Yani pun harap suatu hari nanti Yani boleh mencontohi sikap keluarga sepupu Rina tu....semoga kita boleh redha dalam erti kata redha yang sebenarnya....amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih yani. Insyaallah moga kita akan redha yang sebenarnya.

      Padam
  4. Salam Rina, ye tersangattttlah hebatnya mereka yg boleh letak di belakang perasaan kurang selesa tu. Alhamdulillah gd for them.. tapi jangan lupa bahawa Islam tak abaikan aspek insaniah. Berkata- kata yg baik kepada org yg diduga tu salah satu darinya ^.*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak baby, terima kasih atas pendapat yg diberikan. Tujun saya menulis entry ini adalah untuk kita sama2 mengambil positivity dan semangat yang dipamerkan boleh beliau. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kita manusia. Wallahualam. Terima kasih sekali lagi ye.

      Padam
  5. positifnya beliau..harap dapat jd setabah n sepositif itu..

    BalasPadam
  6. memang berjiwa kental dan sgt positif. Bila muhasabah diri, jauh lg nak jadi macam akak tu. Dia hebat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie Nash, kalau x dpt jadi mcm dia, kita dapat aura positif dia sikit pun jadi lah kan?,

      Padam
  7. Rina, rasanya mmg betui gak pepatah yg kata 'time will heal'. Nak jadi setabah itu, bukan semalam dua jangka masanya... InshaAllah, dgn bertambah usia, kita makin matang dan lebih mudah utk redha dan tabah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Totally agree with you sweet tooth.

      Padam

Label