Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Khamis, 9 Oktober 2014

Azoospermia Support Group Selepas Setahun



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Rasanya belum terlambat juga nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua! :)



Setahun yang lalu,(exact date 13.10.2013)- aku tubuhkan support group ini. Masa tu ahlinya tak ramai. 6 orang sahaja (termasuk aku).

Aku masih ingat lagi, kenapa aku tubuhkan support group ni. Sebab, rasa keseorangan, rasa terasing. Rata-rata, ada macam2 group TTC. Ada macam2 masalah.
Tapi masalah azoospermia ni antara masalah yang sering tak diketahui dan disalah tafsir.
Satu lagi sebab, untuk memberi kesedaran. Sebab terlalu sedikit orang yang aware pasal masalah ni. Ada yang tak pernah dengar nama pun.

Ia tak sama dengan low sperm count.
Sampai sekarang, ada sahaja insan2 yang approach aku melalui email mahupun FB, cadang bermacam2 ubat yang kononya boleh sembuhkan azoospermia - kerana orang yang low sperm count makan ubat ni dan kiraannya bertambah.
Nope!
Ubat tu tak leh membantu.
And bila aku jawab macam tu, mereka kata aku yang salah! Ada pulak berlagak mengalahkan doktor, Keluarkan teori mcm2.
Suami aku dah makan bermacam2 ubat doktor dah....tak de 1 pun membantu. sebab masalah suami aku tak leh diubati dengan ubat untuk low sperm count tu.
Harap maklum ye!


Ia juga sangat tak sama dengan mati pucuk.
Lelaki yang ada masalah ini boleh sahaja bersama isteri masing-masing. Tiada masalah.


Ada pulak yang ingat tiada sperma tu maknanya tiada air mani.
Ada sahaja yang bertanya soalan bodoh seperti 'eh takkan awak tak perasan suami awak tak de air mani?'
hmm... no dear! Air mani bukan sperma.
Aku ingat lagi doktor kata, air mani suami aku perfect! Semua ada. Cukup banyak, cukup vitamin dan mineralnya, Cuma yang tak ada.. sperma sahaja.


Masa tu aku rasa keseorangan...
Tak ada yang benar-benar faham situasi aku.
Tambah pula bila suami berada dalam situasi denial - dia tak dapat terima hakikat!
Aku rasa, sangat perlu untuk mencari orang yang sama masalah seperti aku. Supaya kami boleh berkongsi tips. Berkongsi cara rawatan.
Aku tebalkan muka.Aku rasa perlu untuk aku dedahkan masalah aku kepada umum untuk misi aku ni.
So dari beberapa group TTC yang aku join, aku maklumkan keadaan suami aku, dengan harapan dapat cari kawan sama masalah. Alhamdulillah...ada.
Dari seorang, ada seorang kawan, dari 2 orang, jadi 3 orang...

Bila aku tulis masalah dalam blog, ramai yang email - berkongsi pula kisah mereka kepada aku.
Ada yang cakap, kata2 aku meninggalkan impak buat mereka. Alhamdulillah.

Lepas tu, aku nak melangkah setapak lagi.
Jadi, aku tubuhkan support group. Kumpulkan semua yang senasib dalam tu.
Boleh semua saling bantu membantu!
Kerana hanya kami sahaja yang benar-benar faham struggle yang kami lalui sebagai isteri kepada suami Azoospermia ni.
Maka lahirlah, Azoospermia Support Group - yang pertama seumpamanya.
Sebelum ni, mereka yang ada masalah ini, terutama para isteri tiada platform untuk mereka berpijak.

Dari 6 orang - kini dah ada 19 ahli serata Malaysia. 4 dari Indonesia.
Total : 23 orang.
Tapi group FB kurang aktif. Aku sendiri jarang buka FB.
Kami melangkah ke group whatsapp pula.
Dan ukhwah kami sesama ahli sangat kuat! Alhamdulillah!
Dari aku seorang yang terkontang-kanting, ke group yang sunyi sepi, sekarang dah ke group yang meriah!


Tak ramai macam group TTC lain - ialah kes yang sangat rare kan?
Aku kira kat Malaysia ni cuma ada 60-70 lelaki yang ada masalah ni.
Dan boleh kira separuh dari mereka tak tahu pun pasal masalah mereka ni atas banyak faktor, seperti tak mahu check up atau tak faham apa itu azoospermia.
Dan bagaimana sebenarnya dengan perkembangan teknologi, lelaki yang punya masalah ini masih boleh mendapat anak - bukan macam dulu2 terus dicop ma***l.


Kadang2 aku rasa usaha aku buat sepanjang hampir 2 tahun yang lalu berbaloi kini.
Aku dah boleh tersenyum dengan hasilnya.
Aku dapat bantu ramai ahli-ahli baru yang suami mereka baru sahaja didiagnose dan mereka pun terkontang-kanting mencari tempat bertaut macam aku dulu.
Aku dapat menjadi tempat sumber rujukan.
Dan juga sumber inspirasi buat sesetengah orang. ;)


Sebenarnya, aku ingin bawa support group ni melangkah setapak lagi.
Aku ingin buat program kesedaran.
Agar lebih ramai yang boleh aware pasal masalah ini.
Agar lebih ramai orang yang boleh dibantu.
Kalau boleh nak jadi duta.
Boleh aje masuk majalah atau tv kalau aku nak - aku tahu aje cara2mya...
Tapi... air muka suami perlu juga aku jaga. Nanti kalau aku famous (hihi perasan sudah mari), semua orang akan kenal suami aku.
Nanti semua orang akan tahu masalah suami pula.
Aku tak mahu orang ckp mcm2 kat dia. Kasihan dia...
Takut orang cop dia ma***l. Tak sanggup dengar!

Tapi...Insyaallah,
Aku akan cari cara lain - agar dunia lebih mengenali akan apa itu azoospermia ini.
Ada juga cadangan ahli group nak lantik duta. Hihi
Moga di masa akan datang, kehadiran aku dan support group ini akan dapat membantu lebih ramai lagi.
Tak kira bujang mahupun yang berkahwin.
Tak kira para suami mahupun isteri.
Tak kira yang ada masalah Azoo ini atau yang tidak ada.

Last but not least... aku masih takkan berputus asa.
Aku tetap akan suruh Encik Suami g wat treatment.
Insyaallah, jika ada rezki aku pasti akan ada anak sendiri.
Jika tidak... aku faham...aku redha.
Kalau dulu selalu menangis, kini aku sebenarnya rasa sangat tenang.
Aku semakin mengerti akan ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Mungkin...mungkin aku dipilih untuk menjadi isteri seorang lelaki azoo untuk membantu orang lain.
Alhamdulillah... Allah Maha Mengetahui.


And...
Terima kasih juga kepada semua para blogger yang sudi membaca, mengomen dan memberi support yang tidak berbelah bahagi kepada aku. Tanpa sokongan kalian, mungkin aku tak sekuat seperti sekarang.


Till then, sampai berjumpa lagi.
Assalamualaikum!






9 ulasan:

  1. Saya bangga la dgn awak ni. U can turn ur saddness to ur happiness and also others happiness.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah.. Kita sama2 usaha.

      Padam
  2. Salam

    Seronoknya baca, tahniah ya.
    Saya rasa, saya faham perasaan dapat menyumbang sesuatu utk kawan-kawan. Teruskan.. dan anggaplah sebagai saham akhirat kita.

    Kita belum tentu ada anak, tapi sudah tentu kita boleh buat amal jariah. Semoga Rina dan kawan-kawan dapat bantu lebih ramai yg memerlukan. In Shaa Allah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Irtiyah,
      Terima kasih atas sokongan yg diberikan. Ye, mmg rasa gembira dapat menyumbang sesuatu kepada org yg memerlukan. Insyaallah. Syukran!

      Padam
  3. Motivasi paling indah,jika bukan di dunia,inshaAllah Allah kurniakan ganjaran usaha dan sabar kita di akhirat nanti..Mudah2an..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah. Terima kasih nurin

      Padam
  4. rina, jangankan azoosperma, normal issue related to TTCian pon masyarakat sekeling masih belum banyak awareness. Tahniah atas segala usaha Rina utk menjayakan support group. Smg Allah terus beri kekuatan dan kemudahan utk Rina teruskan usaha murni ini... Inshaallah...kami sentiasa support :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan yg diberikan. Semoga usaha saya ni dapat membantu bukan sahaja yg ada masalah azoo tapi juga semua pada ttcian yg lain.

      Padam

Label