Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Khamis, 5 Jun 2014

Azoospermia Support Group di Facebook

Assalamualaikum sahabat2 semua,

Azoospermia satu keadaan yang sangat rare - hanya 1% lelaki mengalami masalah ini di dunia. Keadaan di mana, seorang lelaki itu tiada sperma waima satu pun. Banyak punca2 dan keadaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

Disebabkan itu, masyarakat tidak faham keadaan mereka2 yang ada masalah ini. Walaupun sang suami yang bermasalah, isteri juga menanggung sama. Aku sebagai isteri tidak pernah sekalipun menyalahkan suami - bagi aku dia insan yang amat istimewa, satu dalam berjuta. Aku tetap menyayangi dia sepenuh hati.

Aku memang sudah lama merancang untuk menubuhkan satu support group - yang mana kami yang senasib - para suami mahupun isteri, boleh sama2 berkumpul dan berkongsi cerita. Sama2 saling bantu membantu. Maka akhirnya, terlahirlah group ini di Facebook.

Jadi kepada sesiapa yang senasib dengan kami, boleh la join kami dalam group ini di Facebook. Boleh email kepada aku di shazrinas@gmail.com atau PM aku di Facebook  https://www.facebook.com/nina.dan.baby.

8 ulasan:

  1. Salam

    Good job Rina

    Kalau ada support group yg umum macam TTC tapi utk lelaki.. beritahu ya. Suami saya Oligospermia + Asthenospermia. Nak join group Rina ni, takut tak berapa relaven.

    Gembira dengan usaha awak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... for now belum pernah lagi jumpa group ttc untuk lelaki. mungkin sbb sifat lelaki tu sendiri yang sedikit berbeza dari kita perempuan ni...kan?

      Padam
  2. wahhh bagus idea shaz niii...at least leh tahu kan treatment each other.inshaaAllah one day ada solution.Allah tu tahu segalanya...iya doakan shaz bjaya satu hari nnt.kt sama2 usaha k :)

    BalasPadam
  3. Sy bangga dgn usaha awak, Rina.. Semoga ramai yg akan mendapat manfaat drpd group ini.. Aamiin...

    BalasPadam
  4. salam...boleh jugak join nanti...mana tau one day nak cari penyelesaian untuk perkara-perkara macam tu

    BalasPadam
  5. Good job Rina. Bila ada support group macam ni, banyak info boleh share. And yang penting, ada kawan-kawan senasib untuk sama-sama bagi semangat. Teruskan usaha awak :)

    BalasPadam

Label