Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Rabu, 12 Februari 2014

Facing Azoospermia



Assalamualaikum sahabat2 semua,

Hari ini aku rasa mcm nak bercerita panjang, mengenai pengalaman aku melalui proses ttc nih, mengenai apa itu azoospermia,mengenai bagaimana aku dan suami menghadapi ujian Allah ini...Maaf kalau ada pembaca yang boring nak baca benda ni..You are advise to stop immediately if you feel that way. ;-)


Apa itu Azoospermia?

Azoospermia adalah keadaan di mana seorang lelaki itu tidak mengandungi sperma di dalam air maninya (zero sperm count). Keadaan ini amatlah jarang berlaku di mana hanya 1% dari lelaki di dunia ini mempunyai masalah begini. Di dalam bahasa mudah, seorang lelaki yang tiada sperma ini di katakan tidak mampu untuk memberikan zuriat kepada pasangan nya.

Ramai sering tertanya bagaimana keadaan ini boleh terjadi. Bagaimana keadaan lelaki tersebut, mampukah dia menjalankan tugas sebagai suami? Jawapannya, mampu. Malah keadaan air maninya pun sama sahaja seperti lelaki yang normal - tiada perbezaan di mata kasar. Hanya apabila di lihat melalui mikroskop barulah dapat dilihat ketiadaan sperma berenang2 di dalamnya.

Terdapat beberapa keadaan untuk kes Azoospermia ini.
1. Berpunca dari masalah hormon - keadaan ini boleh diubati dengan pengambilan ubat-ubatan.
2. Saluran darah/laluan air mani tersumbat - ini mungkin berlaku akibat demam panas/benguk ketika pesakit masih kecil. Boleh juga berlaku akibat impak hentakan/trauma pada bahagian reproduktif lelaki. Keadaan ini tidak boleh diubati kecuali dengan pembedahan kecil (jika saluran tersebut tidak rosak teruk). Jika saluran darah atau laluan air mani itu sudah rosak, tetapi testis lelaki tersebut masih beroperasi, maka satu prosedur dinamakan TESA untuk mengekstrak sperma dari 'kantung' bahagian reproduktif lelaki tersebut (jika ada) dan seterusnya menjalankan prosedur ICSI-IVF. Jika tidak beroperasi, maka tiada jalan lain boleh dilakukan.
3. Masalah genetik - ini terjadi dari dalam kandungan lagi. Mereka ini dilahirkan dengan kecacatan/ketiadaan kilang sperma. Kejadian ini tidak dapat diubati.



Pengalaman aku dan suami

Selepas setahun mencuba untuk hamil secara natural dan tidak berjaya, kami akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan doktor. Maka aku pun suami pergi membuat ujian kesuburan di Pusrawi Kajang. Memang sesuatu yang teramat2 mengejutkan apabila kali pertama aku tahu yang suami aku tiada sperma waima satu pun. Asalnya aku mahupun suami kurang percaya dengan result yang keluar itu. Maka kami ulang semula ujian tersebut, dan jawapannya masih sama.

Amatlah mengejutkan apabila lahir dari 11 orang adik beradik, tiba tiba sahaja suami aku di diagnose sebagai tiada sperma. Suami aku mengambil masa yang agak lama untuk menerima kenyataan ini, malah sehingga kini ibu dan ayah dia masih tidak percaya langsung dengan kenyataan ini. Bagi mereka yang masih tebal jiwa kampung, perkara ini mustahil. Entah2 suami aku tu terkena buatan orang atau yang sama waktu dengannya.

Bagi keluarga belah aku pula, mereka menerima dengan lebih tenang. Ini kerana, abang sepupu aku sendiri mempunyai masalah ini. Akibat keegoan, selepas mengetahui yang dia tiada sperma, dia tidak pernah berminat untuk membuat rawatan/ujian lanjut. Isterinya menerima keadaan ini penuh sabar - sehingga kini mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan masih berdua - mereka tidak berminat untuk mengambil anak angkat.

Aku masih ingat mak aku berkata dengan tenang untuk menerima keadaan ini, jika boleh diubati cubalah cari jalan. Jika tidak, terimalah takdir Allah ini dan ambillah anak angkat. Bukan aku seorang di dunia ni yang tiada anak.

Tapi kepedihannya tidak tertanggung. Senang untuk ibu aku memujuk, tapi susah untuk aku mahupun suami menerima keadaan ini. Menerima hakikat yang aku mungkin tak dapat mengandung secara normal seperti orang lain. Menerima hakikat yang aku mungkin takkan ada anak! Agak lama aku mengambil masa untuk menerima hakikat ini. Menyedari hanya 1% dari lelaki di dunia ada masalah ini, itu bererti hanya ada kira2 50 orang yang mempunyai masalah ini di Malaysia! Aku rasa sungguh keseorangan - demi menjaga maruah suami aku sebagai lelaki, aku tak boleh bercerita sesuka hati akan keadaan dia pada orang lain. Sudah adat apabila berkaitan anak sahaja, wanita lah yang akan dipersoalkan - maka aku sering menjadi mangsa pertanyaan/usikan (manja mahupun kasar) dan tohmahan orang. Belum campur perasaan cemburu membuak2 melihat orang lain ada anak.

Aku mula mencari kawan2 yang senasib dengan aku. Mujur dengan perkembangan teknologi yang maju sekarang, dapatlah aku temui beberapa orang yang senasib dengan aku. (For the record, aku tak pernah bgtau abang sepupu aku atau isterinya itu pasal kami atas dasar menjaga air muka suami aku). Dapatlah kami berkongsi cerita dan pengalaman, sekurang2nya aku tidak rasa terlalu keseorangan.

Tapi kasihan suami aku. Bagaimanakah keadaan dia menerima kenyataan memeritkan ini? Sesungguhnya aku tak dapat membayang perasaan dia. Pasti dia teramat sedih dengan ujian ini. Aku wanita, aku boleh menangis bila sedih. Dia lelaki, egonya menghalang dia dari mengeluarkan air mata. Pasti kesakitan yang dia tanggung lebih perit. Aku dapat juga bercerita pada blog atau kawan2 senasib yang lain, tapi dia pula? Sekali lagi, keegoan sebagai seorang lelaki menghalang dia dari bercerita/berkongsi perkara2 begini.

Malah dengan aku sekali pun, dia tidak mahu meluahkan apa2. Kadang2 aku cuba mengajak dia bercerita, kerana aku mahu dia pergi ke hospital - membuat ujian lanjut untuk memastikan apa masalah dia sebenar. Genetik atau tersumbat? (Yang pastinya bukan masalah hormon - kerana ujian darah dia ok) Boleh diubati atau tidak? Boleh cuba buat ICSI-IVF atau tidak? Tapi dia tidak mahu - dan aku cuba memahami dia. Aku dapat rasakan keadaan dia, kesakitan dia - apa yang dia tanggung dan tidak dapat luahkan pada sesiapa pun! Kasihannya dia - aku rasa nak menangis melihat kesakitan dia tu. Sering kali aku bagi tahu, ceritalah pada aku, sekurang2nya dengan meluahkan dia akan rasa lebih elok, tapi dia tak mahu - malu agaknya. Tak pe, aku faham. Aku beri dia masa dan ruang untuk bertenang dan menerima dulu keadaan ini.

Lebih setahun sudah berlalu, macam2 rawatan dan ubat telah kami cuba - tapi masih tiada hasil.
Tetapi, aku sudah lebih tenang. Aku sudah dapat menerima hakikat ini. Aku redha dan pasrah.
Suami juga sudah kelihatan lebih tenang, dia sudah mula bercerita sedikit sebanyak mengenai kesunyian atau perasaan cemburunya melihat orang lain ada anak pada aku. Malah dia sudah bersetuju untuk cuba ke hospital. Alhamdulillah...

Perlahan2 akan kami cuba. Insyaallah, jika dimurahkan rezki, kami akan cuba dengan ICSI-IVF tapi bukan sekarang, masih perlu kumpul wang lagi. Insyaallah...aku yakin masanya pasti akan tiba. Jika tidak dapat buat ICSI-IVF sekalipun, tak pe..aku redha. Aku percaya Allah tahu apa yang dilakukan-Nya. Dalam berbillion umat-Nya,aku yang terpilih untuk mengharungi kepahitan ini - pasti aku amat istimewa di hati-Nya. Insyaallah..akan ku teruskan perjalananku dengan penuh kesyukuran. Amin....

39 ulasan:

  1. Semoga rina dan suami tabah menghadapi. Sedihnya baca cerita ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trima kasih puan tipah..tujuan sy tulis ni bukan untuk buat sesiapa sedih, cuma nk bercerita je.

      Padam
  2. awak..semoga awak tabah ye..isnyaAllah ada hikmah dsebalik ujian ni..yg pnting bg semangat pd suami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trima kasih umi sufi. Insyaallah, tak kira apa saya akan ttp sokong suami saya.

      Padam
  3. rasa nak peluk awak kuat-kuat... semoga terus tabah, insyaAllah ada himah.. :) ALLAH tak kan uji hambanya, jika dia tau kita tak mampu.. itu maknanya, ALLAH sayang kat rina dengan suami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time kasih..insyaallah, semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

      Padam
  4. semoga awak tabah... if dia refused nak ambil supplement, try natural supplement macam tembikai, taugeh or bendi. or perhaps try akupunktur? awak kena byk2 bersabar tau... jgn putus asa.. In Shaa Allah doa dr kami kawan2 TTC awak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pengetahuan mrs zamzuri, azoospermia tidak sama seperti low sperm count. Mengambil supplemen tak dpt membantu. Apa pun, kami ttp ada cuba pelbagai jenis supplemen dan makan mcm taugeh dan tembikai tu mmg favourite suami sy. Apa pun, time kasih ye.

      Padam
  5. Ya Allah Rina, tabahnya awak. Bergenang air mata sy. Hubby pun ada masalah sperm. Saya rasa nak peluk n nangis sama2 ngan awak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi masih ada sperma walaupun sikit, bersyukurla sbb masih berpeluang hamil secara natural. Mcm sy ni kena tunggu keajaiban dr Allah je...

      Padam
  6. It's true Rina that Allah loves you both that He tests you this way, and He keeps for both of you your future children in Jannah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks..insyaallah and amin. May your words will come true.

      Padam
  7. Semoga ada jalan di hadapan. "Kun fayakun".
    Tentu awak seorang isteri yg baik. Sebab tu Allah uji sebegini.
    Kuatkan semangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time kasih kak irtiyah. Saya antara follower blog akak dan saya tahu akak juga pasti seorang isteri yg baik kerana ujian kita tak jauh bezanya.

      Padam
  8. inshaaAllah shaz.... teroskan usaha.keep +ve inside u and husband.smlm iya dgr ikim,ustazah tu kata kadang2 Allah uji kita supaya terampun dosa.ujian itu kite kena blaja terima dlu.redha tu penting gak.inshaaAllah shaz mampu. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata iya tu. Ujian deri Allah pun penghapus dosa kita juga. Orang kata Allah uji sbb syg...

      Padam
  9. Moga Allah bagi kekuatan pada rina dan suami. time kami 1st time cek kesuburan, which sy mmg dah tau lama yg sy mmg ade pcos, dan alhamdulillah husband xde masalah pape, dan sy gtau MIL yg anak die normal, terus MIL kate "keturunan kami mmg semua subur2". mmg terasa hati bila dia ckp cmtu..tp mungkin sbb die tercakap xsedar kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya fhm perasaan awak tu nurul asma'. Saya dulu sblm wat ujian kesuburan mak mertua selalu juga perli2 dan kata saya ni yg bermasalah, sbb adik beradik saya 3 orang je, pastu plak saya ni mudah sakit. Sampaikan bila dah kuar result pun dia susah nk pecaya.

      Padam
  10. saya pn mengalami masalah yang sama dengan pn rina dan sekarang cuba untuk terima kenyataan. walaubagaimana pun kami akan berusaha. Allah lebih mengetahui ape yang terbaik utk kita. Kita sama2 berdoa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nor ida ada email address atau contact number? Leh kita berkenalan....

      Padam
    2. Nor ida ada email address atau contact number? Leh kita berkenalan....

      Padam
    3. Rina....kite mempunyai masalah yg sama...bole kite berkenalan,?bg email @ nbr phone...bole tukt pendapat

      Padam
    4. Rina....kite mempunyai masalah yg sama...bole kite berkenalan,?bg email @ nbr phone...bole tukt pendapat

      Padam
    5. shazrinas@gmail.com
      Email sy ye

      Padam
  11. Assalam rina..
    kita senasib..suami juga di sahkan azoosperma. sy sangat memahami apa yg awak rasa..maruah suami tetap di jaga.kepada saudara mara sy khabarkan sy yg bermasalah pcos..
    Alhamdulillah suami bersetuju untuk meneruskan treatment..berpegang dgn ujian darah suami yg tiada masalah hormon kami bersetuju untuk cuba mendapatkan sperm trs dari kantung atau kilang..Allah maha besar Alhamdulillah sperma yg aktif dan sihat berjaya di keluarkan..walaupun pada asalnya doktor tidak memberi harapan yg tinggi...dan kini kami dlm proses seterusnya untuk buat ivf.
    teruskan berusaha dear..jgn pernah berhenti berharap..berdoa & terus berdoa kerana Allah maha mendengar..
    Doakan sy dan suami terus tabah untuk menghadapi proses seterusnya

    BalasPadam
  12. Hi rina.

    Saya baru trjumpa blog rina. I am in the same situation as you. Husband saya juga disahkan azoospermia. Dah buat blood test dan ultrasound tp semuanya normal. Sedih nya saya sebab saya tak boleh bercerita ngan family untuk jaga maruah husband. Hari2 saya tahan nangis sebab saya kene kuat depan dia. Memang susah untuk terima kenyataan tp saya masih mencari alternative lain untuk treatment dan tak pernah putus harapan. Hope that we both wont give up and keep praying because Allah hears our doa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum sis.
      Insyaallah kita terus kan berusaha n jgn mudah putus asa.
      Pls2 contact me agar kita sama2 boleh bersama2 dlm perjalanan ni.
      Email sy di shazrinas@gmail.com ya.

      Padam
  13. Hi rina.

    Saya baru trjumpa blog rina. I am in the same situation as you. Husband saya juga disahkan azoospermia. Dah buat blood test dan ultrasound tp semuanya normal. Sedih nya saya sebab saya tak boleh bercerita ngan family untuk jaga maruah husband. Hari2 saya tahan nangis sebab saya kene kuat depan dia. Memang susah untuk terima kenyataan tp saya masih mencari alternative lain untuk treatment dan tak pernah putus harapan. Hope that we both wont give up and keep praying because Allah hears our doa.

    BalasPadam
  14. Hai rina. Saya dah kawen more than 2years and after buat ujian kesuburan di LPPKN, husband disahkan azoospermia. Mcmn keadaan rina skrg? Boleh share tak apa treatment yang penah rina buat? And doctor ada suggest IVF ke?

    BalasPadam
  15. hi rina. semoga awak tabah. saya faham perasaan awak 😢

    BalasPadam
  16. Suami saya termasuk dlm 50 org tu..bila doktor ckp perubatan moden dia surrender,kami senyum ja,allah lebih tau

    BalasPadam
  17. Suami saya termasuk dlm 50 org tu..bila doktor ckp perubatan moden dia surrender,kami senyum ja,allah lebih tau

    BalasPadam
  18. Suami saya termasuk dlm 50 org tu..bila doktor ckp perubatan moden dia surrender,kami senyum ja,allah lebih tau

    BalasPadam
  19. Suami saya termasuk dlm 50 org tu..bila doktor ckp perubatan moden dia surrender,kami senyum ja,allah lebih tau

    BalasPadam
  20. hai rina... sedih nya baca.. sebab Nye suami saya pun mengalami benda yg sama. tahun idah tahun ke 4 kami berkahwin dan still masih hidup berdua... sedih dan sedih..

    BalasPadam
  21. Rasanya bukan 50 orang prevalent nya sbb dekat hospital ada beratus2 kes azoospermia ni. Saya dah kawin hampir 13 tahun dan ada masalah yg sama dgn Rina. Tapi Alhamdulillah saya dan suami dapat terima dan hidup bahagia walaupun tanpa zuriat. Saya percaya pada takdir dan hikmah. Dan saya pegang prinsip "jangan tangisi atau merintih pada apa yang tiada sebaliknya berbahagialah dengan apa yg kita ada". InsyaAllah hati kita tenang. Jika rasa cemburu lihat orang yang punya anak, katalah pada diri kita kita bahagia dgn cara kita dan mereka yg punya anak itu pula bahagia dgn cara mereka. Disaat mereka sibuk dan kalut dengan anak2, kita dapat gunakan kelapangan yg Allah bagi untuk beribu perkara kebaikan yg lain. Kawan2 senasib boleh hubungi saya di 0164197732 untuk saling berkenalan dan memberi kekuatan.

    BalasPadam
  22. From the sofat infertility centre you all easily get the decent azoospermia treatment in India at reliable prices. We have the best team of the doctors that give you perfect solution in a very less time.

    BalasPadam
  23. From this blog post you all will get the major information on azoospermia treatment. We shared you all the details that you're looking for.

    BalasPadam

Label