Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Rabu, 12 Februari 2014

Facing Azoospermia



Assalamualaikum sahabat2 semua,

Hari ini aku rasa mcm nak bercerita panjang, mengenai pengalaman aku melalui proses ttc nih, mengenai apa itu azoospermia,mengenai bagaimana aku dan suami menghadapi ujian Allah ini...Maaf kalau ada pembaca yang boring nak baca benda ni..You are advise to stop immediately if you feel that way. ;-)


Apa itu Azoospermia?

Azoospermia adalah keadaan di mana seorang lelaki itu tidak mengandungi sperma di dalam air maninya (zero sperm count). Keadaan ini amatlah jarang berlaku di mana hanya 1% dari lelaki di dunia ini mempunyai masalah begini. Di dalam bahasa mudah, seorang lelaki yang tiada sperma ini di katakan tidak mampu untuk memberikan zuriat kepada pasangan nya.

Ramai sering tertanya bagaimana keadaan ini boleh terjadi. Bagaimana keadaan lelaki tersebut, mampukah dia menjalankan tugas sebagai suami? Jawapannya, mampu. Malah keadaan air maninya pun sama sahaja seperti lelaki yang normal - tiada perbezaan di mata kasar. Hanya apabila di lihat melalui mikroskop barulah dapat dilihat ketiadaan sperma berenang2 di dalamnya.

Terdapat beberapa keadaan untuk kes Azoospermia ini.
1. Berpunca dari masalah hormon - keadaan ini boleh diubati dengan pengambilan ubat-ubatan.
2. Saluran darah/laluan air mani tersumbat - ini mungkin berlaku akibat demam panas/benguk ketika pesakit masih kecil. Boleh juga berlaku akibat impak hentakan/trauma pada bahagian reproduktif lelaki. Keadaan ini tidak boleh diubati kecuali dengan pembedahan kecil (jika saluran tersebut tidak rosak teruk). Jika saluran darah atau laluan air mani itu sudah rosak, tetapi testis lelaki tersebut masih beroperasi, maka satu prosedur dinamakan TESA untuk mengekstrak sperma dari 'kantung' bahagian reproduktif lelaki tersebut (jika ada) dan seterusnya menjalankan prosedur ICSI-IVF. Jika tidak beroperasi, maka tiada jalan lain boleh dilakukan.
3. Masalah genetik - ini terjadi dari dalam kandungan lagi. Mereka ini dilahirkan dengan kecacatan/ketiadaan kilang sperma. Kejadian ini tidak dapat diubati.



Pengalaman aku dan suami

Selepas setahun mencuba untuk hamil secara natural dan tidak berjaya, kami akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan doktor. Maka aku pun suami pergi membuat ujian kesuburan di Pusrawi Kajang. Memang sesuatu yang teramat2 mengejutkan apabila kali pertama aku tahu yang suami aku tiada sperma waima satu pun. Asalnya aku mahupun suami kurang percaya dengan result yang keluar itu. Maka kami ulang semula ujian tersebut, dan jawapannya masih sama.

Amatlah mengejutkan apabila lahir dari 11 orang adik beradik, tiba tiba sahaja suami aku di diagnose sebagai tiada sperma. Suami aku mengambil masa yang agak lama untuk menerima kenyataan ini, malah sehingga kini ibu dan ayah dia masih tidak percaya langsung dengan kenyataan ini. Bagi mereka yang masih tebal jiwa kampung, perkara ini mustahil. Entah2 suami aku tu terkena buatan orang atau yang sama waktu dengannya.

Bagi keluarga belah aku pula, mereka menerima dengan lebih tenang. Ini kerana, abang sepupu aku sendiri mempunyai masalah ini. Akibat keegoan, selepas mengetahui yang dia tiada sperma, dia tidak pernah berminat untuk membuat rawatan/ujian lanjut. Isterinya menerima keadaan ini penuh sabar - sehingga kini mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan masih berdua - mereka tidak berminat untuk mengambil anak angkat.

Aku masih ingat mak aku berkata dengan tenang untuk menerima keadaan ini, jika boleh diubati cubalah cari jalan. Jika tidak, terimalah takdir Allah ini dan ambillah anak angkat. Bukan aku seorang di dunia ni yang tiada anak.

Tapi kepedihannya tidak tertanggung. Senang untuk ibu aku memujuk, tapi susah untuk aku mahupun suami menerima keadaan ini. Menerima hakikat yang aku mungkin tak dapat mengandung secara normal seperti orang lain. Menerima hakikat yang aku mungkin takkan ada anak! Agak lama aku mengambil masa untuk menerima hakikat ini. Menyedari hanya 1% dari lelaki di dunia ada masalah ini, itu bererti hanya ada kira2 50 orang yang mempunyai masalah ini di Malaysia! Aku rasa sungguh keseorangan - demi menjaga maruah suami aku sebagai lelaki, aku tak boleh bercerita sesuka hati akan keadaan dia pada orang lain. Sudah adat apabila berkaitan anak sahaja, wanita lah yang akan dipersoalkan - maka aku sering menjadi mangsa pertanyaan/usikan (manja mahupun kasar) dan tohmahan orang. Belum campur perasaan cemburu membuak2 melihat orang lain ada anak.

Aku mula mencari kawan2 yang senasib dengan aku. Mujur dengan perkembangan teknologi yang maju sekarang, dapatlah aku temui beberapa orang yang senasib dengan aku. (For the record, aku tak pernah bgtau abang sepupu aku atau isterinya itu pasal kami atas dasar menjaga air muka suami aku). Dapatlah kami berkongsi cerita dan pengalaman, sekurang2nya aku tidak rasa terlalu keseorangan.

Tapi kasihan suami aku. Bagaimanakah keadaan dia menerima kenyataan memeritkan ini? Sesungguhnya aku tak dapat membayang perasaan dia. Pasti dia teramat sedih dengan ujian ini. Aku wanita, aku boleh menangis bila sedih. Dia lelaki, egonya menghalang dia dari mengeluarkan air mata. Pasti kesakitan yang dia tanggung lebih perit. Aku dapat juga bercerita pada blog atau kawan2 senasib yang lain, tapi dia pula? Sekali lagi, keegoan sebagai seorang lelaki menghalang dia dari bercerita/berkongsi perkara2 begini.

Malah dengan aku sekali pun, dia tidak mahu meluahkan apa2. Kadang2 aku cuba mengajak dia bercerita, kerana aku mahu dia pergi ke hospital - membuat ujian lanjut untuk memastikan apa masalah dia sebenar. Genetik atau tersumbat? (Yang pastinya bukan masalah hormon - kerana ujian darah dia ok) Boleh diubati atau tidak? Boleh cuba buat ICSI-IVF atau tidak? Tapi dia tidak mahu - dan aku cuba memahami dia. Aku dapat rasakan keadaan dia, kesakitan dia - apa yang dia tanggung dan tidak dapat luahkan pada sesiapa pun! Kasihannya dia - aku rasa nak menangis melihat kesakitan dia tu. Sering kali aku bagi tahu, ceritalah pada aku, sekurang2nya dengan meluahkan dia akan rasa lebih elok, tapi dia tak mahu - malu agaknya. Tak pe, aku faham. Aku beri dia masa dan ruang untuk bertenang dan menerima dulu keadaan ini.

Lebih setahun sudah berlalu, macam2 rawatan dan ubat telah kami cuba - tapi masih tiada hasil.
Tetapi, aku sudah lebih tenang. Aku sudah dapat menerima hakikat ini. Aku redha dan pasrah.
Suami juga sudah kelihatan lebih tenang, dia sudah mula bercerita sedikit sebanyak mengenai kesunyian atau perasaan cemburunya melihat orang lain ada anak pada aku. Malah dia sudah bersetuju untuk cuba ke hospital. Alhamdulillah...

Perlahan2 akan kami cuba. Insyaallah, jika dimurahkan rezki, kami akan cuba dengan ICSI-IVF tapi bukan sekarang, masih perlu kumpul wang lagi. Insyaallah...aku yakin masanya pasti akan tiba. Jika tidak dapat buat ICSI-IVF sekalipun, tak pe..aku redha. Aku percaya Allah tahu apa yang dilakukan-Nya. Dalam berbillion umat-Nya,aku yang terpilih untuk mengharungi kepahitan ini - pasti aku amat istimewa di hati-Nya. Insyaallah..akan ku teruskan perjalananku dengan penuh kesyukuran. Amin....

Label