Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Isnin, 8 Disember 2014

Pengalaman bersama wanita TTC selama 21 tahun.

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian,

Tak sampai 3 minggu lagi,  Adik perempuan saya akan melangsungkan perkahwinannya.
Saya ni cuma ada 3 beradik sahaja. Saya yang sulung. Yang ke2 ni 25 tahun dan yang bongsu 21 tahun.

Insyaallah lepas ni Adik saya tu boleh lah menunaikan impian mak untuk dapat cucu. Semoga mak happy nanti.

Sebagai wanita, tipulah saya kata saya takkan sedih. Malah sebenarnya saya dah mula menyiapkan diri mental dan fizikal untuk bersedia apabila berita gembira itu tiba nanti. Sudah tentunya, saya tak mahu Adik merasa siksanya menjadi wanita berttc macam saya ni.

Hari ni bukan nak cerita pasal Adik.. Tapi nak cerita pasal pengalaman saya menghabiskan 3 hari bersama pasangan yang tidak mempunyai anak.

Kalau anda semua mengikuti blog saya dari awal, anda mungkin ada membaca bahawa saya mempunyai seorang abang sepupu yang juga mempunyai masalah azoospermia.
Mereka bernikah pada tahun 1993, masa tu mak saya sedang mengandungkan Adik saya yang bongsu. Bererti, tahun ini sudah 21 tahun mereka bernikah.

Dari apa yang saya tahu, mereka pergi bertemu dengan Dr Hamid Arsyad. Setelah dimaklumkan abang sepupu saya tiada sperma, dia telah dibekalkan dengan ubat untuk dicuba. Tapi, dia tak pernah makan pun ubat tersebut. Tiada juga apa-apa rawatan susulan dilakukan. Katanya, "dah doktor kata tak boleh dapat anak, nak cuba apa lagi."
Sebagai wanita dan isteri, bila dengar macam tu, hati mana yang tidak sedih. Saya dapat rasakan beliau pastinya melalui hari-hari yang sukar untuk menerima kenyataan ini kan?
Hanya Allah lah yang tahu bagaimana dia memujuk hatinya.

Mereka tidak berminat untuk mengambil anak angkat dari luar. Tapi mereka pernah mengambil anak saudara mereka sebagai anak angkat. Di jaga dari sejak lahir, saya dapat bayangkan ke bahagian yang mereka kecapi tu... Tapi sayangnya, ibu baby tu meminta anak dia semula.
Yelah, nama pun saudara. Mungkin bila tengok anak sendiri membesar di tangan orang, dia jadi tak sanggup.
Abang sepupu dan isteri terpaksa pulangkan anak tu, rasanya tak sampai beberapa bulan pun mereka dapat jaga.
Sedihnya kan? Saya yang mendengar pun tidak dapat membayangkan kepedihan mereka, lagi2 pada si isteri.

Kisah ni bukan mereka cerita sendiri...tapi diceritakan oleh mak saya. Saya tak tergamak nak tanya apa-apa pada mereka.

So, (baru nak mulakan pengalamannya ni... Hihi... Panjang sungguh intro saya ye.)
Untuk menghantar kad jemputan kahwin Adik, mak ajak abang sepupu menemani kami ke utara. Sebab kampung dia memang kat sana. Dia lebih mahir dengan jalan-jalan kat sana.
Saya dan suami saja aje ikut menyibuk sekali... Salah satu sebabnya suami nak sangat ke Penang. Tak pernah naik jambatan lagi. Sebab yang lain pula sebab saya dah cakap pada emak nak temankan dia hantar kad.

Maka,bermulalah perjalanan kami ke Perak sampai la Perlis. Kami pergi naik kereta MPV abang sepupu je (baru dibeli) - why I mention pasal baru dibeli ni? Continue baca, nanti anda faham.
Kami berenam. Couple semuanya.
Mak dan ayah.
Saya dan suami.
Abang sepupu dan isteri.

Sepanjang perjalanan, berpuluh rumah jugalah kami pergi - hampir semua tempat aku mendengar ayat2 cepumas ditujukan pada isteri abang sepupu tu.

  • Temankan mak saya hantar kad kawin - "Tak apalah, korang bukannya ada anak pun. Bolehlah ambil cuti temankan orang hantar kad kahwin..."
  • Nampak kereta baru abang sepupu - "Buat apalah beli kereta besar2 tu, korang bukan ada anak pun."
  • Hari ke-2 perjalanan, aku diserang migraine. Mungkin sebab cuaca panas sangat. Aku muntah. Manakala isteri abang sepupu kena cirit birit - tersalah makan agaknya. Pun jadi isu kawan2. Saya macam biasalah, orang cakap nak lekat agaknya. Isteri abang sepupu tu pun kena juga. 
Yang saya suka sangat nak ceritakan bukanlah usikan dan soalan cepumas dari pak cik2 dan mak cik2 kepochi tu, tapi pasal penerimaan beliau terhadap perkara ni. 

Nak tahu, sepanjang masa beliau hanya gelak dan senyum besar sahaja.
Bila diusik pasal kereta dia boleh jawab dengan sengih "Nanti boleh bawak semua orang pergi jalan2. Kalau mak cik/pak cik nak datang Selangor nanti pun kami boleh bawak". 
Bila diusik pasal nak lekat tu, dialah yang paling banyak 'amin'kan ucapan tu. Sedangkan umur dia dah 45 tahun dah - tapi masih menaruh harapan lagi kan? 
Nak tahu, dia cukup mesra dengan semua orang yang kami jumpa. Walaupun kebanyakan yang kami temui tu bukan saudara dia pun, tapi saudara suami dia - dia sentiasa ringan tulang bantu apa sahaja yang perlu. 
Pada budak2 kecil lagilah dia cukup mesra. Dia bermain dengan mereka macam anak sendiri. Setiap kali nak balik, mesti dia akan hulurkan duit pada semua budak2 yang kami jumpa.
Dia boleh berbual dengan orang yang mengandung dan yang baru melahirkan anak, seolah2 tiada apa2 pun.

Sedangkan saya, saya pun tak sekuat dia. Saya sentiasa mengelakkan budak2 lagi2 baby. Saya cuba sedaya upaya tak mahu pegang mereka sebab tak mahu ada rasa 'sakit' di hati tu. Saya elakkan diri dari mereka yang hampir sebaya dengan saya sebab mereka dah kahwin dan ada anak - tapi saya tak ada. Sebab saya tak mahu ditanya soalan cepumas yang menyakitkan telinga tu. 

Saya amat kagum dengan isteri abang sepupu ni sebenarnya. 
Masa saya kahwin dulu, dia sanggup ambil cuti - berkampung kat rumah kami, tolong setiap kerja yang perlu. Dia ramah. Banyak cakap. Semua orang dia sapa macam dah lama kenal. Jiran2 malah family mertua saya paling kenal pada dia. 
Bukan majlis saya aje, tapi setiap majlis - Dia akan beri 100%. Tak kira kenduri kahwin, kesyukuran atau pun tahlil. Dia hadir pada setiap majlis. Tak pernah miss apa pun. Sanggup ambil cuti dan tolong apa yang perlu. 
Setiap kali dia di aju pasal anak, tak pernah sekali pun saya tengok muka dia berubah. Sentiasa senyum penuh mesra. Tak nampak pun dia pamerkan rasa sedih. Ada sahaja jawapan yang kadang2 mencuit hati agar bukan sahaja dia, malah makcik pakcik yang bertanya pun akan senyum.

Sedangkan saya ni, sentiasa mengelak majlis. Sentiasa cuba tak mahu jumpa ramai orang. Sebab tak mahu di tanya macam2. 

Dulu, sebelum kahwin saya kurang faham kesakitan yang dia rasa. Tapi sekarang saya amat faham. 
Tapi saya masih tak mampu untuk menyelami hati dia. Tak mampu membayangkan diri ni ditempat dia. Tak mampu nak jadi baik hati dan senyum sentiasa macam dia.

Saya belajar banyak perkara pada trip kali ini. Tak sia2 saya temankan mak hantar kad kahwin Adik. 
Saya dapat mengenali dia dengan lebih dalam dan dapat melihat bagaimana seorang TTC sepertinya hidup. 
21 tahun cukup lama. Pasti macam2 yang telah dia tempuhi. Mengenangkan itu, bertambah kagum saya pada kesabaran dia.

Kawan2 semua, 
Saya berkongsi untuk menjadi kan dia sebagai satu inspirasi buat kita semua. Saya tahu kita takkan mampu hidup berttc selama 21 tahun. 
Saya sendiri tak mampu. Saya pasti ingin mengambil anak angkat untuk mengisi kekosongan. Kan? 

Semoga perkongsian saya kali ini dapat sedikit sebanyak membantu kita menjadi lebih kuat dan tabah. Lebih positif dan bersangka baik.

Dia mungkin ditakdirkan untuk tidak memiliki anak di dunia ini, tapi kebaikan dan kemesraan dia pasti akan menjadi satu rahmat di akhirat nanti. Insyaallah.

Till then...

Salam sayang, 
Rina.





Sabtu, 15 November 2014

The importance of redha.

Assalamualaikum sahabat2 bloggerku semua,

Apa khabar kalian semua?
Maaf, lama sangat menyepi. Sibuk dengan urusan kerja sampai tak cukup masa untuk berblogging.
Sepanjang tempoh tu juga sebenarnya saya telah berhadapan dengan beberapa siri ujian yg Insyaallah dapat mematangkan saya lagi dalam menghadapi pancaroba di dunia ini.

(Mula2 sekali nak tukar kata ganti nama dalam blog ni. Ikutkan dah lama nak tukar. Dulu banyak menulis untuk diri sendiri, jadi selesa guna perkataan aku. Tapi skrg ni banyak menulis untuk memberi inspirasi, jadi better gelarkan saya. Hikhik).

Sahabat2 semua,

Tak ada insan di dunia ini yang sempurna. Semuanya ada ujian masing2. Ada sahaja ujian yang akan datang berselang2 dengan kesenangan yang Allah beri. Tak kira kita kaya mahu pun miskin, lelaki mahu pun perempuan, berkahwin atau pun bujang, ada anak mahu pun tiada.
Ada yang diuji dengan kesenangan, ada pula kesusahan. Ada yang diuji dengan perkahwinan dan ada pula diuji dengan anak. Pendek kata tiada manusia yang terlepas dari ujianNya. Dari kita lahir sehingga lah ajal kita tiba nanti.

Saya suka sekali dengan satu kata2 bahawa Allah memilih askarNya yang hebat untuk ujianNya yang hebat. Orang yang istimewa akan diberi ujian yang istimewa. 
Dan firman Allah dalam Surah Al-Ankabut "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar mengatakan Kami telah beriman,sedang mereka belum diuji?"

Jadi sahabat2 semua, gembira lah kita bila diuji. Satunya, sebab Allah nak tengok iman kita. Keduanya pula,sebab Allah sayang kita. Lagi banyak kita diuji lagi Allah nampak kita sebenarnya. Jadi janganlah kita menangis meratap pilu dengan ujian yang datang tu ye. Sebaliknya redha...

Ha itu lah topiknya hari ini. The importance of redha. Kepentingan redha.

Sahabat semua,
Dulu, saya ni ratu air mata tau. Saya mudah sangat menangis. Sampai jadi rabun kerana menangis. Mata ni jadi mata panda (Hitam) sebab banyak sangat menangis. Sebab saya tak redha. Saya tak faham pun apa itu redha time tu.

Saya ni mmg banyak ujian dari kecil. Saya tak rapat dgn Mak ayah saya. (Maaf tak dapat kongsi mengapa sebab tak nak dedah aib sesiapa). Saya kurang kasih sayang Mak ayah. Masa kecil2 dulu saya selalu cemburu bila tengok orang lain manja ngan Mak atau ayah dia. Sebab saya tak dapat rasa macam tu. Saya dibesarkan dalam suasana penuh disiplin. Sedangkan hati saya ni lembut sangat. Jadi saya selalu menangis. Selalu berharap ada orang datang dan ambil saya jadi anak angkat. Sejak dari kecil itulah, jiwa saya selalu membara nak jadi seorng ibu. Sebab saya nak jaga anak saya dengan penuh kasih sayang. Tak mau anak saya rasa macam saya rasa.

Masa kat sekolah pula saya selalu kena buli. Sebab saya berbadan kecil dan selebet. Saya tak ramai kawan. Masa saya di darjah 2 pula, saya hmpir2 dirogol. Walau pun masa tu saya masih tak faham dengan apa yang jadi,  tapi saya jadi trauma. Dan bila di sekolah di buli, balik rumah Mak marah pula lagi - saya membesar jadi budak yang pendiam sangat. Walaupun bijak, tapi masih dipaksa untuk jadi yang paling bijak di Sekolah.

Saya amat kehausan kasih sayang. Bila dah besar, gatal pula nak mencari kasih sayang boyfriend. Jiwa masih hijau tak mengerti pancaroba dunia kat luar. Saya diuji pula dengan mcm2 ujian yang lebih berat. Yang remaja normal lain tak lalui. Tapi maaf sahabat2 semua, tak boleh share secara terbuka di sini.

Kemudian ditipu pula dalam percintaan. Ramai sahaja lelaki yang merayu2 nak berkenalan,  tapi bila saya mula memberi respond entah kenapa mereka tinggalkan pula. Yang menipu pun ramai juga. Susah sebenarnya ada muka cantik ni... Mudah ditipu. Banyak Kali saya putus cinta dan hampir setiap kali juga saya akan menangis. Sebab saya tak sangka akan ditipu.

Setelah berhadapan dengan banyak ujian, saya menjadi trauma. Saya kemurungan. Selalu menangis. Saya tak redha sebenarnya. Yelah, saya nak kasih sayang Mak ayah tapi tak dapat. Saya nak kasih sayang lelaki pula, tapi ditipu. Nak keluar berdikari tapi mak tak bagi pula. Dengan beberapa diri ujian lain - saya menjadi murung.

Selepas itulah, saya jatuh sakit. Pertama kali kena gastrik. Tapi saya tak tahu yang saya allergic dengan ubat tahan muntah. Akibatnya jantung saya jadi laju dan saya terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan sebab tak dapat bernafas. Tempoh untuk sembuh pula mengambil masa yang lama sampai terpaksa berhenti kerja.  Saya jadi sangat kurus dan hanya bergantung pada susu nutrisi sahaja. Lemah.

Ketika itulah sahabat2 semua...baru saya tahu apa itu redha. Redha sebab saya sangka saya akan meninggal waktu itu. Barulah saya redha dengan ketentuan hidup saya. Saya redha tidak mendapat kasih sayang Mak ayah saya masih kecil, saya redha ditipu ramai lelaki, saya redha dengan segalanya.

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya sembuh. Saya mula cari kerja baru dan ketika itulah bertemu suami. Ketika itu saya beritahu diri sendiri, Ya Allah aku redha jika tiada lelaki ditakdirkan untuk aku. Aku akan teruskan hidupku dan berusaha untuk hidup seorng diri. Tapi Allah Maha Besar, ketika saya redha itulah jodoh saya tiba.
Suami saya seorang yang biasa2 sahaja, tak belajar tinggi dan tak juga berharta. Tapi dia insan teristimewa buat saya. Dia sayang saya, dia terima saya seadanya. Bila saya sakit, dia jaga saya. Penyayang. Rajin. Alhamdulillah.

Nak kawin kami diuji juga, perniagaan suami jatuh. Kami tiada duit... Tapi Alhamdulillah dapat juga kawin.
Dah kawin, pun masih diuji. Masa tu suami menganggur. Hanya gaji saya seorang menangung kami berdua. Keluarga kami sama2 susah, maka kami tak mahu susah kan siapa2. Suami pula kena gangguan sihir. Tapi alhamdulillah lepas tu suami dapat bangkit semula. Dia akhirnya dapat keje gomen.
Tapi ujian lain datang pula, suami tiada sperma. Kami tak boleh dapat anak secara normal.

Ketika itu memang saya down semula. Sebab saya terlalu sangat inginkan anak. Ketika itulah saya curahkan perasaan saya pada blog ni. Ketika itu saya tak redha. Saya tak dapat terima hakikat. Tapi Alhamdulillah Allah Maha Besar, kekuatan itu datang semula sedikit demi sedikit. Saya mula belajar kembali redha. Redha kerana Allah ujian saya, redha kerana disebalik ujian ini sebenarnya tersembunyi seribu satu hikmah!

Baru2 ini saya mendapat ujian di tempat kerja. Sebenarnya saya amat suka dengan pekerjaan saya. Kerana itu saya tak kisah berpenat lelah kerja setiap hari sampai pulang lewat kerana nya. Saya berharap agar saya boleh kerja sampai pencen di sana. Tapi Allah lebih mengetahui. Saya terpaksa meletakkan jawatan. Sedih. Tapi saya redha. Mungkin Allah sudah meletakkan rezeki yang lebih baik untuk saya di tempat yang lain.
Ujian di tempat kerja yang datang sebulan dua ini juga sebenarnya telah banyak mengajar saya mengenali diri sendiri dan dunia ini. Saya bersyukur kerana diberi banyak peluang untuk belajar dalam tempoh singkat itu. Insyaallah Allah lebih mengetahui.

Sahabat semua,
Maaf atas entry yang panjang lebar mengenai diri saya sendiri ni. Haha.
Hari ini, siapa pun saya dan apa pun ujian saya - alhamdulillah saya dapat harunginya. Ada satu kekuatan invisible dalam diri saya yang dapat menghalang segala ujian itu dari masuk ke dalam hati dan melukakan hati ini. Dan saya percaya kekuatan invisible itulah REDHA. Kerana saya bersangka baik pada Allah dan yakin setiap ujianNya itu adakah untuk menguatkan saya.
Hari ini, saya dapat lihat semua ujian saya dari kecil hingga kini berkumpul menjadi satu perisai buat diri. Saya mula faham mengapa saya diuji, kerana Allah sebenarnya sedang menyiapkan sesuatu yang lebih baik buat saya.

Akhir sekali, iman dan redha ini seperti ombak. Ada pasang maka ada surutnya. Ada masanya pasti kita akan down, pasti kita akan rasa lemah juga. Kerana ketika itulah Allah menguji iman kita. Makan ketika itulah Insyaallah perisai (pengalaman dari ujian2 yang lalu) dapat membantu.

Sesungguhnya saya ni pun insan biasa yang sering leka dan lalai. Lemah dan serba kekurangan. Apa yang saya kongsi kan ini bukan sahaja untuk membantu sahabat2 semua tapi juga untuk diri saya sendiri. Semoga kekuatan hari ini dapat membantu kita di esok hari.

Its OK to be weak.
Its OK to cry and stumble.
Its OK to make a mistake and regret them.
What importance is what you learn from it and what you'll become.
Always wakes up and take the benefits from it.
Be grateful with what you have.

Wallahualam.

Till then... Take care semua.



Khamis, 9 Oktober 2014

Azoospermia Support Group Selepas Setahun



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Rasanya belum terlambat juga nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua! :)



Setahun yang lalu,(exact date 13.10.2013)- aku tubuhkan support group ini. Masa tu ahlinya tak ramai. 6 orang sahaja (termasuk aku).

Aku masih ingat lagi, kenapa aku tubuhkan support group ni. Sebab, rasa keseorangan, rasa terasing. Rata-rata, ada macam2 group TTC. Ada macam2 masalah.
Tapi masalah azoospermia ni antara masalah yang sering tak diketahui dan disalah tafsir.
Satu lagi sebab, untuk memberi kesedaran. Sebab terlalu sedikit orang yang aware pasal masalah ni. Ada yang tak pernah dengar nama pun.

Ia tak sama dengan low sperm count.
Sampai sekarang, ada sahaja insan2 yang approach aku melalui email mahupun FB, cadang bermacam2 ubat yang kononya boleh sembuhkan azoospermia - kerana orang yang low sperm count makan ubat ni dan kiraannya bertambah.
Nope!
Ubat tu tak leh membantu.
And bila aku jawab macam tu, mereka kata aku yang salah! Ada pulak berlagak mengalahkan doktor, Keluarkan teori mcm2.
Suami aku dah makan bermacam2 ubat doktor dah....tak de 1 pun membantu. sebab masalah suami aku tak leh diubati dengan ubat untuk low sperm count tu.
Harap maklum ye!


Ia juga sangat tak sama dengan mati pucuk.
Lelaki yang ada masalah ini boleh sahaja bersama isteri masing-masing. Tiada masalah.


Ada pulak yang ingat tiada sperma tu maknanya tiada air mani.
Ada sahaja yang bertanya soalan bodoh seperti 'eh takkan awak tak perasan suami awak tak de air mani?'
hmm... no dear! Air mani bukan sperma.
Aku ingat lagi doktor kata, air mani suami aku perfect! Semua ada. Cukup banyak, cukup vitamin dan mineralnya, Cuma yang tak ada.. sperma sahaja.


Masa tu aku rasa keseorangan...
Tak ada yang benar-benar faham situasi aku.
Tambah pula bila suami berada dalam situasi denial - dia tak dapat terima hakikat!
Aku rasa, sangat perlu untuk mencari orang yang sama masalah seperti aku. Supaya kami boleh berkongsi tips. Berkongsi cara rawatan.
Aku tebalkan muka.Aku rasa perlu untuk aku dedahkan masalah aku kepada umum untuk misi aku ni.
So dari beberapa group TTC yang aku join, aku maklumkan keadaan suami aku, dengan harapan dapat cari kawan sama masalah. Alhamdulillah...ada.
Dari seorang, ada seorang kawan, dari 2 orang, jadi 3 orang...

Bila aku tulis masalah dalam blog, ramai yang email - berkongsi pula kisah mereka kepada aku.
Ada yang cakap, kata2 aku meninggalkan impak buat mereka. Alhamdulillah.

Lepas tu, aku nak melangkah setapak lagi.
Jadi, aku tubuhkan support group. Kumpulkan semua yang senasib dalam tu.
Boleh semua saling bantu membantu!
Kerana hanya kami sahaja yang benar-benar faham struggle yang kami lalui sebagai isteri kepada suami Azoospermia ni.
Maka lahirlah, Azoospermia Support Group - yang pertama seumpamanya.
Sebelum ni, mereka yang ada masalah ini, terutama para isteri tiada platform untuk mereka berpijak.

Dari 6 orang - kini dah ada 19 ahli serata Malaysia. 4 dari Indonesia.
Total : 23 orang.
Tapi group FB kurang aktif. Aku sendiri jarang buka FB.
Kami melangkah ke group whatsapp pula.
Dan ukhwah kami sesama ahli sangat kuat! Alhamdulillah!
Dari aku seorang yang terkontang-kanting, ke group yang sunyi sepi, sekarang dah ke group yang meriah!


Tak ramai macam group TTC lain - ialah kes yang sangat rare kan?
Aku kira kat Malaysia ni cuma ada 60-70 lelaki yang ada masalah ni.
Dan boleh kira separuh dari mereka tak tahu pun pasal masalah mereka ni atas banyak faktor, seperti tak mahu check up atau tak faham apa itu azoospermia.
Dan bagaimana sebenarnya dengan perkembangan teknologi, lelaki yang punya masalah ini masih boleh mendapat anak - bukan macam dulu2 terus dicop ma***l.


Kadang2 aku rasa usaha aku buat sepanjang hampir 2 tahun yang lalu berbaloi kini.
Aku dah boleh tersenyum dengan hasilnya.
Aku dapat bantu ramai ahli-ahli baru yang suami mereka baru sahaja didiagnose dan mereka pun terkontang-kanting mencari tempat bertaut macam aku dulu.
Aku dapat menjadi tempat sumber rujukan.
Dan juga sumber inspirasi buat sesetengah orang. ;)


Sebenarnya, aku ingin bawa support group ni melangkah setapak lagi.
Aku ingin buat program kesedaran.
Agar lebih ramai yang boleh aware pasal masalah ini.
Agar lebih ramai orang yang boleh dibantu.
Kalau boleh nak jadi duta.
Boleh aje masuk majalah atau tv kalau aku nak - aku tahu aje cara2mya...
Tapi... air muka suami perlu juga aku jaga. Nanti kalau aku famous (hihi perasan sudah mari), semua orang akan kenal suami aku.
Nanti semua orang akan tahu masalah suami pula.
Aku tak mahu orang ckp mcm2 kat dia. Kasihan dia...
Takut orang cop dia ma***l. Tak sanggup dengar!

Tapi...Insyaallah,
Aku akan cari cara lain - agar dunia lebih mengenali akan apa itu azoospermia ini.
Ada juga cadangan ahli group nak lantik duta. Hihi
Moga di masa akan datang, kehadiran aku dan support group ini akan dapat membantu lebih ramai lagi.
Tak kira bujang mahupun yang berkahwin.
Tak kira para suami mahupun isteri.
Tak kira yang ada masalah Azoo ini atau yang tidak ada.

Last but not least... aku masih takkan berputus asa.
Aku tetap akan suruh Encik Suami g wat treatment.
Insyaallah, jika ada rezki aku pasti akan ada anak sendiri.
Jika tidak... aku faham...aku redha.
Kalau dulu selalu menangis, kini aku sebenarnya rasa sangat tenang.
Aku semakin mengerti akan ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Mungkin...mungkin aku dipilih untuk menjadi isteri seorang lelaki azoo untuk membantu orang lain.
Alhamdulillah... Allah Maha Mengetahui.


And...
Terima kasih juga kepada semua para blogger yang sudi membaca, mengomen dan memberi support yang tidak berbelah bahagi kepada aku. Tanpa sokongan kalian, mungkin aku tak sekuat seperti sekarang.


Till then, sampai berjumpa lagi.
Assalamualaikum!






Ahad, 22 Jun 2014

Things you shouldn't say to childless women

Like always, attending any occasion - weeding, kenduri or even hari raya, we meet so many people who just said something they shouldn't say to a childless women like me. 
It hurts deep inside me just to answer your endless question - 'when are  you going to have one?' or 'still no child?'. It hurts just to say 'not yet' or just simply to smile and hope you all understand - with some of your manner (that might hurt us just a bit more). 
Please...Please to parents out there. Please understand us at least a bit. 
We are begging you please dont say all of these ever. 

1. When are you going to have kids?
Expect this question to start the minute you get married and it comes from your parents, your hairdresser, the guy at the deli, and your cousin who has three hundred children. It's really no one's business, right? 
2. Are you having trouble conceiving?
Is your man shooting blanks? Have you went to any check up, mengurut or bla bla? Would you EVER say that to someone? If not, then don't ask if someone is having trouble conceiving.
3. You have pets, right? It's kind of the same.
Demeaning. Not same at all.
4. You are so lucky not to have kids yet. You can enjoy freely, honeymoon whenever you want, get up late and financially free. 
Like that are correct. 
5. Oh, you wouldn't understand. It's more of a parent thing.
The parent club. People who say this make it all the more exciting to be a part of their clan someday. They are just keep babling about their child milk, about the pampers, the expensive clothes and toys and allergic or how the baby will make them not enough sleep. 
6. If you can't have them naturally, you know you can always adopt.
Stating the obvious = not necessary. You just dont know how it might hurt someone. Its not that easy as you think.
7. Is it that you are just worried about what pregnancy would do to your body? The stretch marks are so ugly. 
You know who says this kind of thing? Jealous people. People who are jealous of what you look like. If you hear these words though, it makes you feel like the person saying them to you thinks you are too shallow to have kids.
8. See what you have to look forward to? *When a parent is trying to calm a crying baby.*
This kind of comment makes you want to say, Actually, yes, I am looking forward to that. I want to be a mom.
9. Your life will never be the same. NEVER.
The person who says this to you is clearly miserable and may even long for their own childless days too much.

Perhaps,
I'd like an untidy house, with no free time, not enough sleep and exhausted at the end of the day. 
In exchange for hearing the word 'mak/mom/mama/ummi/ibu'...
to able to hug/kiss someone from my own, to claim they are yours, to able sleep together with them, feed them, raise them...
to just FEEL what you are feeling....
oh perhaps..you just dont understand... :(

Khamis, 5 Jun 2014

Azoospermia Support Group di Facebook

Assalamualaikum sahabat2 semua,

Azoospermia satu keadaan yang sangat rare - hanya 1% lelaki mengalami masalah ini di dunia. Keadaan di mana, seorang lelaki itu tiada sperma waima satu pun. Banyak punca2 dan keadaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

Disebabkan itu, masyarakat tidak faham keadaan mereka2 yang ada masalah ini. Walaupun sang suami yang bermasalah, isteri juga menanggung sama. Aku sebagai isteri tidak pernah sekalipun menyalahkan suami - bagi aku dia insan yang amat istimewa, satu dalam berjuta. Aku tetap menyayangi dia sepenuh hati.

Aku memang sudah lama merancang untuk menubuhkan satu support group - yang mana kami yang senasib - para suami mahupun isteri, boleh sama2 berkumpul dan berkongsi cerita. Sama2 saling bantu membantu. Maka akhirnya, terlahirlah group ini di Facebook.

Jadi kepada sesiapa yang senasib dengan kami, boleh la join kami dalam group ini di Facebook. Boleh email kepada aku di shazrinas@gmail.com atau PM aku di Facebook  https://www.facebook.com/nina.dan.baby.

Isnin, 2 Jun 2014

Tingkat taqwa kita




Assalamualaikum sahabat2 semua...

Lama dah tak menulis. Rindu! Selain sibuk, aku juga sebenarnya sedang down. Memang sejak balik dari Langkawi emosi aku sgt tidak stabil, tambah pula bila 3 orang sedang pregnant serentak kat office nih! 

Hari tu aku mengalami migrain yang sgt teruk, tapi aku terpaksa pergi ke pejabat juga sebab ada meeting dengan auditor..tapi seriously aku mmg lemau habis. Semua orang yang jumpa aku asyik tanya benda yang sama je...
'Rina tak sihat ke? mengandung ke?'
'Rina dah pegi check up doktor ke? Entah2 tgh mengandung?'
and yang sama waktu dengannya...
Maybe pada hari biasa aku ditanya soalan mcm tu, aku mungkin boleh jawab dengan minta mereka doakan aku..tapi since emosi aku sedang down sbb that very morning aku baru dapat tahu CEO aku pregnant, so aku bertambah2 le down...
Akhirnya..aku 'ter'menangis masa aku makan...jatuh juga air mata yang aku cuba tahan2kan.
Esoknya aku ambil AL and rest sepanjang hari untuk pulihkan emosi tu. Apa lagi..aku tidur je...

Actually, aku nak cerita sikit ni...apa yang aku belajar masa aku ke kelas Advance of Unmasking Unconscious Mind dulu...

Apa kata korang rujuk carta yang aku lukis kat bawah ni dulu.. (maaf lukisan ku tak lawa)..huhu



1) Tingkat taqwa kita sangat berkait rapat dengan energy (tenaga). Sebab tu, perasaan tak, lebih banyak ilmu agama seseorang mcm alim sufi dulu, lagi byk tenaga mereka. Tak perlu tidur, tak perlu makan - mereka mampu buat mcm2 yang kita tak mampu. Ilmu mereka sangat jauh kedepan dari kita, kerana mereka punya tenaga yang banyak.

2) Allah uji kita untuk meningkatkan taqwa kita. Ujian juga terbahagi pada 2 - ujian kecil dan besar. 

3) Ujian kecil tak banyak memberi kesan. Energy tak terganggu. Taqwa pula mungkin hanya sekadar turun naik sikit aje - macam yang boleh dilihat di bar yang ke-2 tu. Naik sikit jer.... Ujian kecil ni mcm biasalah - stress kerja ke, tak cukup duit ke, traffic jam ke...

4) Bila ujian besar datang, biasanya energy kita mmg akan jatuh. Jatuh mendadak sehingga ke zero. Contoh ujian besar mcm sakit yang teruk, kematian orang yang disayangi, tidak dikurniakan zuriat mcm kita semua ni ke... Sememangnya saat ujian besar ini datang kita akan jadi sangat lemah - sbb energy tak de kan?

5) Tapi sebenarnya ada sebab ujian2 ini Allah timpakan pada kita,iaitu tak lain tak bukan - menaikkan darjat taqwa kita. Kalau dulu energy kita di tingkat ke-2 selepas diuji insyaallah dapat naik ke tingkat ke-3. Dan seterusnya... Tingakt taqwa pula adalah unlimited.. Alhamdulillah. Energy kita juga akan lebih hebat dari dulu. Insyaallah. 

6) Begitulah keadaanya kita ini sebagai manusia amnya dan para TTCians khususnya. Kita hanya manusia biasa, setiap seorang dari kita akan jatuh bila diuji - jadi tidak terdaya. Tapi ingatlah, kita diuji kerana Allah sayang. Kita diuji kerana Allah ingin menaikkan darjat taqwa kita. Sememangnya dalam hidup kita akan diuji berkali2..kita akan mengalami jatuh dan bangun berkali! Tapi ingatlah, lebih banyak kita jatuh, lebih tinggi kita akan bangun, lebih banyak darjat kita dan lebih banyak Allah sayang kita! Insyaallah! 


Sememangnya saat ini aku sedang berada di level zero energy tu, aku sedang jatuh.. tapi aku percaya aku jatuh untuk bangun semula. Allah uji untuk tingkatkan lagi taqwa aku tu - insyaallah!! 

Harap info yang aku sharekan ni sedikit sebanyak dapat membantu kalian semua juga. 


Rabu, 12 Februari 2014

Facing Azoospermia



Assalamualaikum sahabat2 semua,

Hari ini aku rasa mcm nak bercerita panjang, mengenai pengalaman aku melalui proses ttc nih, mengenai apa itu azoospermia,mengenai bagaimana aku dan suami menghadapi ujian Allah ini...Maaf kalau ada pembaca yang boring nak baca benda ni..You are advise to stop immediately if you feel that way. ;-)


Apa itu Azoospermia?

Azoospermia adalah keadaan di mana seorang lelaki itu tidak mengandungi sperma di dalam air maninya (zero sperm count). Keadaan ini amatlah jarang berlaku di mana hanya 1% dari lelaki di dunia ini mempunyai masalah begini. Di dalam bahasa mudah, seorang lelaki yang tiada sperma ini di katakan tidak mampu untuk memberikan zuriat kepada pasangan nya.

Ramai sering tertanya bagaimana keadaan ini boleh terjadi. Bagaimana keadaan lelaki tersebut, mampukah dia menjalankan tugas sebagai suami? Jawapannya, mampu. Malah keadaan air maninya pun sama sahaja seperti lelaki yang normal - tiada perbezaan di mata kasar. Hanya apabila di lihat melalui mikroskop barulah dapat dilihat ketiadaan sperma berenang2 di dalamnya.

Terdapat beberapa keadaan untuk kes Azoospermia ini.
1. Berpunca dari masalah hormon - keadaan ini boleh diubati dengan pengambilan ubat-ubatan.
2. Saluran darah/laluan air mani tersumbat - ini mungkin berlaku akibat demam panas/benguk ketika pesakit masih kecil. Boleh juga berlaku akibat impak hentakan/trauma pada bahagian reproduktif lelaki. Keadaan ini tidak boleh diubati kecuali dengan pembedahan kecil (jika saluran tersebut tidak rosak teruk). Jika saluran darah atau laluan air mani itu sudah rosak, tetapi testis lelaki tersebut masih beroperasi, maka satu prosedur dinamakan TESA untuk mengekstrak sperma dari 'kantung' bahagian reproduktif lelaki tersebut (jika ada) dan seterusnya menjalankan prosedur ICSI-IVF. Jika tidak beroperasi, maka tiada jalan lain boleh dilakukan.
3. Masalah genetik - ini terjadi dari dalam kandungan lagi. Mereka ini dilahirkan dengan kecacatan/ketiadaan kilang sperma. Kejadian ini tidak dapat diubati.



Pengalaman aku dan suami

Selepas setahun mencuba untuk hamil secara natural dan tidak berjaya, kami akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan doktor. Maka aku pun suami pergi membuat ujian kesuburan di Pusrawi Kajang. Memang sesuatu yang teramat2 mengejutkan apabila kali pertama aku tahu yang suami aku tiada sperma waima satu pun. Asalnya aku mahupun suami kurang percaya dengan result yang keluar itu. Maka kami ulang semula ujian tersebut, dan jawapannya masih sama.

Amatlah mengejutkan apabila lahir dari 11 orang adik beradik, tiba tiba sahaja suami aku di diagnose sebagai tiada sperma. Suami aku mengambil masa yang agak lama untuk menerima kenyataan ini, malah sehingga kini ibu dan ayah dia masih tidak percaya langsung dengan kenyataan ini. Bagi mereka yang masih tebal jiwa kampung, perkara ini mustahil. Entah2 suami aku tu terkena buatan orang atau yang sama waktu dengannya.

Bagi keluarga belah aku pula, mereka menerima dengan lebih tenang. Ini kerana, abang sepupu aku sendiri mempunyai masalah ini. Akibat keegoan, selepas mengetahui yang dia tiada sperma, dia tidak pernah berminat untuk membuat rawatan/ujian lanjut. Isterinya menerima keadaan ini penuh sabar - sehingga kini mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan masih berdua - mereka tidak berminat untuk mengambil anak angkat.

Aku masih ingat mak aku berkata dengan tenang untuk menerima keadaan ini, jika boleh diubati cubalah cari jalan. Jika tidak, terimalah takdir Allah ini dan ambillah anak angkat. Bukan aku seorang di dunia ni yang tiada anak.

Tapi kepedihannya tidak tertanggung. Senang untuk ibu aku memujuk, tapi susah untuk aku mahupun suami menerima keadaan ini. Menerima hakikat yang aku mungkin tak dapat mengandung secara normal seperti orang lain. Menerima hakikat yang aku mungkin takkan ada anak! Agak lama aku mengambil masa untuk menerima hakikat ini. Menyedari hanya 1% dari lelaki di dunia ada masalah ini, itu bererti hanya ada kira2 50 orang yang mempunyai masalah ini di Malaysia! Aku rasa sungguh keseorangan - demi menjaga maruah suami aku sebagai lelaki, aku tak boleh bercerita sesuka hati akan keadaan dia pada orang lain. Sudah adat apabila berkaitan anak sahaja, wanita lah yang akan dipersoalkan - maka aku sering menjadi mangsa pertanyaan/usikan (manja mahupun kasar) dan tohmahan orang. Belum campur perasaan cemburu membuak2 melihat orang lain ada anak.

Aku mula mencari kawan2 yang senasib dengan aku. Mujur dengan perkembangan teknologi yang maju sekarang, dapatlah aku temui beberapa orang yang senasib dengan aku. (For the record, aku tak pernah bgtau abang sepupu aku atau isterinya itu pasal kami atas dasar menjaga air muka suami aku). Dapatlah kami berkongsi cerita dan pengalaman, sekurang2nya aku tidak rasa terlalu keseorangan.

Tapi kasihan suami aku. Bagaimanakah keadaan dia menerima kenyataan memeritkan ini? Sesungguhnya aku tak dapat membayang perasaan dia. Pasti dia teramat sedih dengan ujian ini. Aku wanita, aku boleh menangis bila sedih. Dia lelaki, egonya menghalang dia dari mengeluarkan air mata. Pasti kesakitan yang dia tanggung lebih perit. Aku dapat juga bercerita pada blog atau kawan2 senasib yang lain, tapi dia pula? Sekali lagi, keegoan sebagai seorang lelaki menghalang dia dari bercerita/berkongsi perkara2 begini.

Malah dengan aku sekali pun, dia tidak mahu meluahkan apa2. Kadang2 aku cuba mengajak dia bercerita, kerana aku mahu dia pergi ke hospital - membuat ujian lanjut untuk memastikan apa masalah dia sebenar. Genetik atau tersumbat? (Yang pastinya bukan masalah hormon - kerana ujian darah dia ok) Boleh diubati atau tidak? Boleh cuba buat ICSI-IVF atau tidak? Tapi dia tidak mahu - dan aku cuba memahami dia. Aku dapat rasakan keadaan dia, kesakitan dia - apa yang dia tanggung dan tidak dapat luahkan pada sesiapa pun! Kasihannya dia - aku rasa nak menangis melihat kesakitan dia tu. Sering kali aku bagi tahu, ceritalah pada aku, sekurang2nya dengan meluahkan dia akan rasa lebih elok, tapi dia tak mahu - malu agaknya. Tak pe, aku faham. Aku beri dia masa dan ruang untuk bertenang dan menerima dulu keadaan ini.

Lebih setahun sudah berlalu, macam2 rawatan dan ubat telah kami cuba - tapi masih tiada hasil.
Tetapi, aku sudah lebih tenang. Aku sudah dapat menerima hakikat ini. Aku redha dan pasrah.
Suami juga sudah kelihatan lebih tenang, dia sudah mula bercerita sedikit sebanyak mengenai kesunyian atau perasaan cemburunya melihat orang lain ada anak pada aku. Malah dia sudah bersetuju untuk cuba ke hospital. Alhamdulillah...

Perlahan2 akan kami cuba. Insyaallah, jika dimurahkan rezki, kami akan cuba dengan ICSI-IVF tapi bukan sekarang, masih perlu kumpul wang lagi. Insyaallah...aku yakin masanya pasti akan tiba. Jika tidak dapat buat ICSI-IVF sekalipun, tak pe..aku redha. Aku percaya Allah tahu apa yang dilakukan-Nya. Dalam berbillion umat-Nya,aku yang terpilih untuk mengharungi kepahitan ini - pasti aku amat istimewa di hati-Nya. Insyaallah..akan ku teruskan perjalananku dengan penuh kesyukuran. Amin....

Label