Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Isnin, 10 Jun 2013

Kisah Inspirasi #1

Memandangkan mood aku yang selalu down kebelakangan ni, aku decide untuk wat satu ruangan kisah2 inspirasi mereka yang berjaya hamil. Dengan ini, semangat aku leh semakin membara and hopefully dapat memberi inspirasi pada rakan2 TTC yang lain juga..ok x?

Kisah #1 - Samantha Brown


Sape kenal minah ni? Klu yang selalu layan TLC kat astro mesti kenal. Aku mmg suka tgk rancangan dia, sbb dia ni seorang yang sangat ceria dan humble. Mmg seronok tgk dia adaptkan diri dia ke mana je dia pergi. Lahir pada 31 Mac 1970, Januari 2013 lepas dia berjaya melahirkan twins setelah sekian lama dia berTTC. Just imagine, pada usia 43,barulah impian dia ni tercapai.

Aku ingat lagi dalam salah 1 episode Samantha Brown Asia masa dia melawat Hong Kong. Waktu tu,guide dia bawak jumpe fortune teller kat sane. And dalam banyak2 soalan yang dia leh tanya, dia tanya pasal anak pada fortune teller tu. Fortune teller tu ada seekor burung tau, and burung ni akan ambil 1 kad and fortune teller 2 akan predict melalui kad tu. Sememangnya kite sbg umat islam x leh percaya benda2 syirik mcm ni, tapi point aku di sini ialah dia juga bekas TTC seperti kite. Walaupun dia melancong seluruh dunia, dia x lupa impian dia untuk memiliki anak and akhirnya setelah sekian lama,dia berjaya!

Disebabkan aku sangat suka dengan si Samantha ni, mmg aku sangat excited dengan berita ni. Memangla aku x tau effort2 yang dia dh lakukan, and sebagai celebrity of course dia pun x kan share usaha2 dia. Tapi aku hampir 100% pasti yang dia wat IVF untuk twins dia ni.


gambar ihsan dari http://malaysia.images.search.yahoo.com/r/_ylt=A0S0uewPkrZRwVQAmTPuPwx.;_ylu=X3oDMTBtdXBkbHJyBHNlYwNmcC1hdHRyaWIEc2xrA3J1cmw-/SIG=13p4npust/EXP=1370948239/**http%3a//celebritybabies.people.com/2013/01/22/samantha-brown-welcomes-twins-ellis-james-elizabeth-mae/

We have waited such awhile for the love of a child

But our path faced strong headwinds

Our troubles have passed and now, at long last

Our joy doubled, we’re expecting twins!!!!

-Samantha & Kevin

credit to http://samantha-brown.com/ (ni kata2 dia sendiri masa dia umumkan yang dia pregnant twins)


Aku harap aku x perlu menunggu terlalu lama macam dia, tapi kisah dia ni sedikit sebanyak menyuntik semangat pada aku agar jangan mudah putus asa. Semoga Allah akan mempermudahkan jalan aku dan rakan2 yang lain juga. Amin!

4 ulasan:

  1. aamin..mudah2an usaha kita di berkati dan di kuatkan langkah kita untuk mencapai impian itu..

    BalasPadam
  2. salam,
    suka dengan samantha brown ni. bubbly je.
    ramai jugak yg teka..ni baby IVF. sbb twin kan, one boy one girl plak tu ;). tapi dia tak penah disclose.

    btw, sy shikin dari www.beautecology.com. nak exchange link boleh? and jemput masuk giveaway saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm..pe salahnye..leh aje exchange link..salam perkenalan!

      Padam

Label