Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Khamis, 2 Mei 2013

Still Zero!

Semalam aku and husband g ambil result semen analysis suami and keputusannya masih mengecewakan. Masih lagi zero sperm count. Selepas 6 bulan dan bermacam2 effort, hasilnya masih kosong. Kecewa mmglah kecewa, rasa nk nangis jer..tapi aku kena kuat untuk suami aku. Aku x mau dia down.

Aku bgtau diri aku yang aku masih x mau putus asa. mcm mana pun aku nk pujuk suami ke hospital untuk jalankan PESA supaya kami leh tau apa punca sebenar dia tidak mampu menghasilkan sperm. Aku tau dia takut, aku pun takut juga. Tapi lebih elok kami pergi mendapatkan kebenaran dan berusaha dengan setiap peluang yang ada, sbb masa terus berjalan...nanti klu aku dh tua, cam ne nk dpt anak?

selain tu, aku dh start keje baru sejak 2hb May lalu. Tempat keje baru kat kajang and agak jauh, tapi husband aku sanggup hantar and amik aku since waktu keje kami hampir sama and tempat keje pun dekat2..but tiap2 hari kena harung traffic jam la,something that i hate most. Mood agak kureng kat sini..ye la dh biasa tempat lama, sini systemnya kelam kabut dan sgt2 mengelirukan. Harap2 aku akan dpt adjustkan diri.

tapi yang paling utama kini ialah perjuangan aku untuk mendapatkan anak..semoga Allah mempermudahkan ujian kami ni kerana ia sgt2 berat untuk aku tanggung!

3 ulasan:

  1. Rina, berat mata yang membaca ni, berat lagi bahu yang memikul. I believe Rina dan suami mampu menghadapi ujian Allah ini. Sebab Allah takkan uji kalau kita tak mampu hadapinya. Ujian tu tandanya Allah sayang. Dia dah janji, dosa terampun, atau ditinggikan darjat kita jika kita redha dan berusaha mengatasi. Dan pada Nya jualah kita memohon pertolongan. I doakan semoga usaha Rina dan Suami dipermudahkan Allah. Amin...

    BalasPadam
  2. sabar ea sis, teruskan usaha insya'allah ALLAH akan permudahkan,semua penyakit ada penawarnya kecuali mati..sis doakan usaha rina dan art dipermudahkan ALLAH swt..btw tahniah atas pekerjaan baru.

    BalasPadam
  3. salam kenal Rina..usaha lagi tanpa putus asa mudah2an Allah memerkati segala usaha yang dilakukan..Amin..

    BalasPadam

Label