Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Sabtu, 25 Mei 2013

Holistik - 1st appointment

24/5/13 - akhirnya kami pergi berjumpe doktor untuk rawatan holistik di semenyih. Holistik bererti rawatan herba. first,doktor ambil gambar mata suami aku then transfer ke dlm laptop nya dan dia kaji gambar 2. Menurut doktor 2, lelaki ada 3 kilang untuk beroperasi menghasilkan sperm and salah satu kilang suami aku sudah berhenti berfungsi akibat satu trauma/impak yang kuat. Trauma/impak ni telah memutuskan beberapa salur darah dia dan kerana tulah salah satu kilang dia dah x leh beroperasi. dia tanya suami aku pernah excident teruk x? and suami aku jawab ye, di mana waktu excident tu, dia jatuh terduduk dan terseret beberapa meter.

So, doktor 2 tanya pula kami pernah mkn ubat apa2 x sebelum ni, and aku bgtau lah psl speman and result yang tetap negative lps mkn speman 2. Doktor 2 bagi suami aku 3 jenis ubat.
1) spirulina - sbb spirulina ada byk zat seperti iron yang baik untuk pembentukan sperm
2) bee pollen - sejenis ubat untuk dikunyah diperbuat dari madu lebah. ubat ni fungsinya untuk menyambung kembali salur darah yang telah terputus akibat excident dulu.
3) sejenis cendawan dipanggil Ganolecium (if im not mistaken) atau nama glamour GL untuk memberi extra oksigen - total semua RM79.10.

Menurut doktor 2, ni stage pertama rawatan. selepas 3 bulan kami perlu juga pergi test sekali lagi, dan jikalau result ttp kosong, itu bererti kecederaan 2 sgt teruk and x boleh diubati oleh dia.
Apa pun,dia suruh continue juga ke hospital and inform dia jikalau pe2 berlaku. Well, aku agak terkedu juga dgn penjelasan 2,lebih2 lagi apabila doktor 2 sendiri tidak dpt memberi 100% keyakinan untuk suami aku boleh sembuh.

Malam 2,masa keluar mkn, suami aku bgtau dgn nada sayu yang dia risau. mcm mana klu kami x leh dpt anak? Sebenarnya ni buat kali pertama dia berbincang benda ni dgn aku as sblm ni dia mmg selalu buat bodo je. Then, aku bgtau dia, kite x leh putus asa. kite kena terus mencuba. mmg la aku sendiri down dan sedih, tapi aku x leh wat suami aku down pulak. dia mesti yakin yang dia leh sembuh.

Bila aku bg dia ubat, aku pesan agar dia yakin dgn ubat yang dia makan 2. Selawat dan berdoa agar dapat sembuh. Sebelum tdo pula,aku pesan dia agar berimaginasi agar kilang2 dia 2 tgh dirawat, imagine yang urat2 dia sdg disambung dan sperm sedang dihasilkan.

Selain tu,aku x henti2 berdoa setiap kali lps solat agar suami aku akan dpt sembuh, agar dia dpt hasilkan sperm dan agar aku akan berjaya hamil anak suami ku sendiri. Semoga usaha2 kami ni diterima Allah dan semoga suami aku akan sembuh seperti yang aku harapkan. Aku mesti stay positif dan yakin. Insyaallah,amin!

10 ulasan:

  1. Semoga Allah SWT sihatkan suami sis & makbulkan doa kalian =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. time kasih..insyaallah..amin

      Padam
  2. I pray for both of you..insha Allah boleh sembuh dengan keyakinanan dan tawakkal pada Nya..keep on trying ok dear..hugs..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah..amin..time kasih sis

      Padam
  3. sabar ye sis.. sama2 kita berdoa dikurniakan tubuh badan yg sihat. support sis sgt penting utk suami sis. cuba letakkan diri kita sendiri d tmpt suami sis, mesti kita pon akan rs sgt2 down.. apa yang penting kita berusaha dan berdoa, Allah SWT x kan menghampakan hamba yang sentiasa ingat padaNya.. Insyaallah suatu hari nanti akan termakbul juga. sama2 kita berdoa yer.. amiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. time kasih sis..insyaallah..amin

      Padam
  4. Nk ajak rakan2 ttc join whatsapp group. Do contact me : 0122193870. Sarah.

    BalasPadam
  5. Rina leh try malepro. Targetted transfer factor. Khas utk lelaki n ada kajian 50 thn. Leh try kol izzat:017 6996125.

    BalasPadam
  6. Insha Allah.. Kita tak tahu rahsia Allah... Segalanya tiada yg mustahil.. Teruskn usaha dab berdoa pdNya.. Allah tahu yg terbaik utk kita...

    BalasPadam

Label