Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Rabu, 6 November 2013

Umar Ul Hamzi

Salam sahabat blog semua..pe khabar semua?

Mula2 sekali aku nak ucapkan Salam Maal hijrah wat semua. Maaf lah lambat wish..sbb aku baru je sihat ni. Minggu lepas terkena food poisoning yang teramat teruk. Puncanya makan char kuey teow di pasar malam. Akibatnya muntah2 dan cirit birit teruk sampai badan lembik, last2 kena masuk air kat hospital sbb dok kata BP dah low dan dah dehydrated habis. Tapi alhamdulillah, aku masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini. Dah sembuh dah..alhamdulillah sangat2! Time2 mcm ni barulah sedar betapa besarnya nikmat Allah pada kita ni...bila sakit, badan lemah, nak ibadah pun susah..hilang segala nikmat dunia time tu.


Sahabat2 semua,

Hari ni aku nak share pasal seorang baby istimewa ni. Nama di beri Umar Al Hamzi. anak kepada best freind aku time sekolah dulu, Zarith Sofia. Kami ni punyalah kamcing berkawan dulu, sbb sama2 kecik (a.k.a pendek la tu) selalu kena buli. Jadi kamilah best friend berdua sampai habis form 5. Lepas tu aku masuk U and dia smbg politeknik. Jodoh dia sampai dulu, so dia pun kahwin dulu..hehe. Masa aku kahwin dulu, dia dah pun lahirkan anak dia yang 1st - Umaira namanya. Budak comel yang lincah.

Baru2 ni dia melahirkan baby nya yang ke2, tetapi Allah telah menguji mereka sekeluarga. Baby Umar disahkan menghidapi masalah jantung berlubang dan sindrom down. Sesungguhnya sebagai wanita yang punya naluri keibuan mmg aku tak dapat membayangkan perasaan sahabat baik aku ni. Aku yang hanya melihat sahaja hampir menitis air mata tgk bayi kecil begitu berselirat wayar, sampai tak dapat nak tidur malam memikirkan bayi istimewa ini.



Sahabat2 semua,

Tujuan aku share semua ni ada banyak. Pertama, meminta doa dari kalian semua. Semoga baby Umar ni dapat sembuh, semoga jantung berlubangnya tidak membahayakan. Semoga dia menjadi kekuatan buat ibu dan ayahnya. Jika ada antara kalian ingin memberi sumbangan, leh la hubungi aku melalui emel atau call di 017-3544561 ye,leh la aku forwardkan alamat atau no akaun mak Umar. Semoga sedikit bantuan (tak kira doa/sumbangan) dari kita dapat memberi kelegaan sedikit kepada keluarga sahabat aku ini.

Masa aku tanya dengan mak Umar mengenai keadaanya, dia kata dia sendiri sudah takut untuk bertanya apa2 pada doktor. Trauma jadi si ibu. Yelah, masa pregnant dulu, tiada apa2 masalah dapat detect, tiba2 apabila lahir baru dikesan.

Keduanya pula, ingin aku suntikan sedikit kata2 nasihat lagi2 buat kita blogger yang berTTC ni. Bila keadaan begini menimpa, kita seharusnya melihat sekeliling dan bersyukur dengan nikmat yang kita ada. Hari ini kita di uji dengan ketiadaan anak, kita sunyi, kita sedih, kita kecewa.. tapi its not the end of the world. Sebaliknya nikmatilah apa yang kita ada sekarang ni. Ketawalah apabila boleh, nikmatilah saat ketenangan/honeymoon kita tu, kerana siapa tahu apa yang Allah sediakan untuk kita keesokannya nanti, betul tak?

Jika hari ni kita semua bersedih, mengadu domba,berlinangan air mata bagai (ingatan untuk aku sendiri gak tau)..tanpa bersyukur dengan nikmat yang ada, maka rugilah kita. Kerana hari ini tidak akan datang semula. Allah sendiri pun tak suka pada hamba-Nya yang tidak bersyukur,kan?

Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. 














Khamis, 5 September 2013

Sembilan Jenis Sihir Yang Perlu Diketahui

Aku dapat info ni dari en.google....


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri. 

P/S - Mmg inilah yang aku rasakan,bila suami aku sedang marah and aku tgk muka dia mmg menakutkan mcm hantu! 
2. Al-Mahabbah:Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.


4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat

Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/sembilan-jenis-sihir-yang-perlu.html#ixzz2e4N9pe9H

Ahad, 21 Julai 2013

Ibu tertua di dunia

Kisah Inspirasi #3

Hari ni aku nak bercerita mengenai kisah perjuangan 2 orang wanita besi ini...mereka telah menempatkan nama mereka di dalam guiness book of world record sebagai ibu tertua di dunia.

1. Rajo Devi Lohan
Rajo Devi Lohan (di tengah) bersama suami.

Rajo Devi Lohan,berasal dari India berjaya melahirkan anaknya melalui kaedah IVF pada usia 70 tahun. Yes, u hear it right,70! Pada usia seseorang supposely dah jadi nenek, dia baru berjaya dapat seorang anak lelaki, Naveen - setelah 54tahun berkahwin. Menurut sumber, petani ini mengambil loan bernilai USD2000 untuk mendapatkan rawatan ivf di sebuah klinik di India. 

Walaupun akhirnya berjaya dapat anak pada November 2008, Rajo Devi Lohan meninggal dunia 2 tahun kemudian akibat komplikasi cyst. Bagaimanapun, ramai pakar perubatan mengatakan sebab sebenar kematian ibu tua ini adalah kerana tidak mampu pulih dari operation c-zer yang dilakukan 2 tahun dulu. Mereka mengecam tindakan doktor di India kerana membenarkan wanita yang sudah lanjut usia begini untuk hamil. 

Ketika terlantar sakit dan tidak mampu menjaga anaknya, Rajo ada menyatakan bahawa dia tidak menyesal dengan tindakannya melakukan ivf pada usia yang telah lanjut itu. Sebaliknya,dia berbangga kerana berjaya menunaikaan impiannya untuk memiliki anak sendiri,dia berbangga kerana dapat menghadiahkan anak buat suaminya. 

Sesungguhnya aku berasa kagum dengan semangat wanita ini. Dia tidak berputus asa untuk mengejar impiannya memiliki anak sendiri, dan akhirnya impian dia tercapai jua..walaupun dia cuma dapat merasa nikmat menjadi ibu hanya untuk 2 tahun,tetapi aku yakin dia tidak menyesal dengan tindakannya itu. 


2. Bhateri Devi    

Selepas pemergian Rajo Devi Lohan, Bhateri Devi pula menjadi ibu tertua di dunia. Pada usia 66 tahun, dia turut menjadi ibu kepada kembar 3 paling tua di dunia. Mereka dilahirkan pada June 2010.

Bhateri Devi berjaya melahirkan anak kembar 3 nya pada cubaan kali ke3 ivf. Looks like lucky number dia 3 agaknya. Suami Bhateri Devi,Deva Singh amat berbangga dengan kelahiran anak-anaknya ini. Kalau nak tahu, Bhateri Devi ni isteri pertama dia. Deva Singh berkahwin dua, tapi, isteri dia yang kedua pun tidak dikurniakan anak. Maka,kelahiran kembar 3 amatlah mengembirakan mereka. Sayangnya, salah seorang kembar tersebut meninggal dunia beberapa hari kemudian. 

Kawan2, tujuan aku cerita pasal mereka berdua ni adalah untuk memberi suntikan semangat pada kita golongan TTC ni semua. Jikalau mereka ini yang sudah tua pun masih tidak berputus asa, kite ni yang masih muda haruslah lebih bersemangat. Mereka ini telah membuktikan bahawa usaha itu tangga kejayaan. 

Maka,di bulan yang mulia ini marilah kita sama2 teruskan usaha TTC kita ye. Semoga Allah akan memperkenankan doa kita..insyaallah! Baby dust to all!!! 

Rabu, 10 Julai 2013

1 Ramadhan

Salam Ramadhan kawan2 semua..macam mana puasa hari pertama untuk tahun ni?

Aku tak dapat berpuasa sebab sedang period..bagaimanapun,aku tetap juga tak makan dan tak minum apa2 atas sebab menghormati kemulian bulan barakah ni. Tapi in the end of the day,aku diserang gastrik yang sangat teruk. Aku muntah,sakit perut dan pening kepala. Kecewa sangat,sbb nampaknya gastrik aku masih belum sepenuhnya.

Aku sentiasa berdoa, agar Allah sembuhkan gastrik aku ni, sekurang2nya untuk sebulan ni sahaja kerana aku nak sangat2 berpuasa. Dulu sebelum aku sakit, aku paling suka berpuasa. Puasa aku sentiasa penuh (kecuali time datang bulan la). Aku mula berpuasa penuh sejak dari darjah 2 lagi. Tapi sejak 4 tahun lalu, aku diserang gastrik yang teruk,bayangkan aku masuk hospital pada raya ke2 time tu. itulah kali pertama aku masuk hospital.

Sejak 2 lah aku menderita dengan masalah gastrik ni. Klu dulu, mmg teruk sangat. Hampir tiap2 minggu aku kena gastrik, kena pantang makan - berminyak tak boleh,pedas tak boleh..aku risau sgt time 2,manalah tahu aku ada penyakit serius pulak,sbb aku tak tahan sangat asyik muntah2 tiap2 minggu. Badan jadi susut sampai ke 42kg sahaja. Masa tu mmg tak dapat nak puasa langsung!

Alhamdulillah, sejak tahun lepas aku semakin sembuh. Semuanya sejak aku amalkan ubat DXN dari doktor holistik yang aku sebutkan sebelum ni. Sejak tu,aku jarang diserang gastrik, kecuali kalau tak makan sepanjang hari. Tahun lepas pun,aku berjaya puasa beberapa hari, walaupun tak penuh macam orang lain,sekurang2nya ada la puasa gak kan?

Tapi tahun ni, baru first day dah mcm ni! Haru sungguh! Aku nak puasa..aku nak beribadah,aku nak kejar pahala dan keberkatan ramadhan ni..rugi sangat tak dapat puasa tau? Hilang nikmat berbuka tu. Balik umah,semua orang marah aku sbb aku kena gastrik. Mak,ayah and hubby aku. Aku ni dah la tgh sakit,kena plak marah - adoi! So today mak aku paksa aku makan tgh hari,aku tau dia tak mau aku sakit. Tapi aku malulah nak makan - hoho.. aku kan kat office baru ni, diorang semua tak tahu pasal gastrik aku. Walaupun aku cuma g makan sorok2 tapi klu terkantoi kan malu!

Jadi kawan2 yang dpt peluang berpuasa dan seterusnya merasai nikmat berbuka 2, bersyukurlah dengan nikmat yang diperolehi kalian. Bila dah sakit gastrik macam aku ni, mmg terasa rugi sgt2. Tapi insyaallah, aku  akan mantapkan ibadah aku dan aku akan tetap cuba juga berpuasa bila dah abis period nanti. Doakan sy ye! amin!

Isnin, 1 Julai 2013

Manusia yang didoakan oleh Malaikat

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. 

Isnin, 17 Jun 2013

Kisah Inspirasi #2

Kisah #2 - Celine Dion

Hari ni aku nak citer pasal minah ni plak - sape x kenal Celine Deon kan,penyanyi hebat dengan lagu cerita Titanic tu..


Tidak seperti selebriti yang lain, Celine sangat terbuka menceritakan kisah dia berusaha untuk hamil. Dia menjelaskan yang dia nak kite warga TTC ni tahu yang kita tak keseorangan dalam struggle untuk dapatkan anak ni. Even celebrity ternama macam dia pun struggle juga.

Berkahwin pada 1994, Dion mengumumkan untuk cuti rehat pada tahun 2000 untuk fokus sepenuhnya dalam usaha TTC. Akhirnya, dia wat keputusan untuk melakukan IVF selepas 6 tahun berusaha hamil. Setahun kemudian, Dion melahirkan Rene-Charles.

Dalam satu tumuramah,Dion ada memberitahu yang dia membekukan beberapa embrio agar leh lahirkan adik untuk si Rene-charles tu. Bagaimanapun, dia banyak diuji untuk TTC kali ke-2. Selepas 9 tahun dan 6 kali keguguran,akhirnya dia melahirkan twins. Dia ada menyatakan yang sebenarnya dia pregnantkan triplets tapi seorang baby tidak berjaya.

Apa pun, semangat dan kegigihan Celine Dion patut dipuji. Dia gigih berusaha selama bertahun2 dan tidak kenal erti putus asa. Semoga kite, warga TTC yang lain dapat sedikit sebanyak semangat lepas baca kisah dia ni. And lastly, semoga kite juga berjaya memperoleh zuriat sendiri akhirnya. Amin and baby dust 2 all of u.



Isnin, 10 Jun 2013

Kisah Inspirasi #1

Memandangkan mood aku yang selalu down kebelakangan ni, aku decide untuk wat satu ruangan kisah2 inspirasi mereka yang berjaya hamil. Dengan ini, semangat aku leh semakin membara and hopefully dapat memberi inspirasi pada rakan2 TTC yang lain juga..ok x?

Kisah #1 - Samantha Brown


Sape kenal minah ni? Klu yang selalu layan TLC kat astro mesti kenal. Aku mmg suka tgk rancangan dia, sbb dia ni seorang yang sangat ceria dan humble. Mmg seronok tgk dia adaptkan diri dia ke mana je dia pergi. Lahir pada 31 Mac 1970, Januari 2013 lepas dia berjaya melahirkan twins setelah sekian lama dia berTTC. Just imagine, pada usia 43,barulah impian dia ni tercapai.

Aku ingat lagi dalam salah 1 episode Samantha Brown Asia masa dia melawat Hong Kong. Waktu tu,guide dia bawak jumpe fortune teller kat sane. And dalam banyak2 soalan yang dia leh tanya, dia tanya pasal anak pada fortune teller tu. Fortune teller tu ada seekor burung tau, and burung ni akan ambil 1 kad and fortune teller 2 akan predict melalui kad tu. Sememangnya kite sbg umat islam x leh percaya benda2 syirik mcm ni, tapi point aku di sini ialah dia juga bekas TTC seperti kite. Walaupun dia melancong seluruh dunia, dia x lupa impian dia untuk memiliki anak and akhirnya setelah sekian lama,dia berjaya!

Disebabkan aku sangat suka dengan si Samantha ni, mmg aku sangat excited dengan berita ni. Memangla aku x tau effort2 yang dia dh lakukan, and sebagai celebrity of course dia pun x kan share usaha2 dia. Tapi aku hampir 100% pasti yang dia wat IVF untuk twins dia ni.


gambar ihsan dari http://malaysia.images.search.yahoo.com/r/_ylt=A0S0uewPkrZRwVQAmTPuPwx.;_ylu=X3oDMTBtdXBkbHJyBHNlYwNmcC1hdHRyaWIEc2xrA3J1cmw-/SIG=13p4npust/EXP=1370948239/**http%3a//celebritybabies.people.com/2013/01/22/samantha-brown-welcomes-twins-ellis-james-elizabeth-mae/

We have waited such awhile for the love of a child

But our path faced strong headwinds

Our troubles have passed and now, at long last

Our joy doubled, we’re expecting twins!!!!

-Samantha & Kevin

credit to http://samantha-brown.com/ (ni kata2 dia sendiri masa dia umumkan yang dia pregnant twins)


Aku harap aku x perlu menunggu terlalu lama macam dia, tapi kisah dia ni sedikit sebanyak menyuntik semangat pada aku agar jangan mudah putus asa. Semoga Allah akan mempermudahkan jalan aku dan rakan2 yang lain juga. Amin!

Sabtu, 25 Mei 2013

Holistik - 1st appointment

24/5/13 - akhirnya kami pergi berjumpe doktor untuk rawatan holistik di semenyih. Holistik bererti rawatan herba. first,doktor ambil gambar mata suami aku then transfer ke dlm laptop nya dan dia kaji gambar 2. Menurut doktor 2, lelaki ada 3 kilang untuk beroperasi menghasilkan sperm and salah satu kilang suami aku sudah berhenti berfungsi akibat satu trauma/impak yang kuat. Trauma/impak ni telah memutuskan beberapa salur darah dia dan kerana tulah salah satu kilang dia dah x leh beroperasi. dia tanya suami aku pernah excident teruk x? and suami aku jawab ye, di mana waktu excident tu, dia jatuh terduduk dan terseret beberapa meter.

So, doktor 2 tanya pula kami pernah mkn ubat apa2 x sebelum ni, and aku bgtau lah psl speman and result yang tetap negative lps mkn speman 2. Doktor 2 bagi suami aku 3 jenis ubat.
1) spirulina - sbb spirulina ada byk zat seperti iron yang baik untuk pembentukan sperm
2) bee pollen - sejenis ubat untuk dikunyah diperbuat dari madu lebah. ubat ni fungsinya untuk menyambung kembali salur darah yang telah terputus akibat excident dulu.
3) sejenis cendawan dipanggil Ganolecium (if im not mistaken) atau nama glamour GL untuk memberi extra oksigen - total semua RM79.10.

Menurut doktor 2, ni stage pertama rawatan. selepas 3 bulan kami perlu juga pergi test sekali lagi, dan jikalau result ttp kosong, itu bererti kecederaan 2 sgt teruk and x boleh diubati oleh dia.
Apa pun,dia suruh continue juga ke hospital and inform dia jikalau pe2 berlaku. Well, aku agak terkedu juga dgn penjelasan 2,lebih2 lagi apabila doktor 2 sendiri tidak dpt memberi 100% keyakinan untuk suami aku boleh sembuh.

Malam 2,masa keluar mkn, suami aku bgtau dgn nada sayu yang dia risau. mcm mana klu kami x leh dpt anak? Sebenarnya ni buat kali pertama dia berbincang benda ni dgn aku as sblm ni dia mmg selalu buat bodo je. Then, aku bgtau dia, kite x leh putus asa. kite kena terus mencuba. mmg la aku sendiri down dan sedih, tapi aku x leh wat suami aku down pulak. dia mesti yakin yang dia leh sembuh.

Bila aku bg dia ubat, aku pesan agar dia yakin dgn ubat yang dia makan 2. Selawat dan berdoa agar dapat sembuh. Sebelum tdo pula,aku pesan dia agar berimaginasi agar kilang2 dia 2 tgh dirawat, imagine yang urat2 dia sdg disambung dan sperm sedang dihasilkan.

Selain tu,aku x henti2 berdoa setiap kali lps solat agar suami aku akan dpt sembuh, agar dia dpt hasilkan sperm dan agar aku akan berjaya hamil anak suami ku sendiri. Semoga usaha2 kami ni diterima Allah dan semoga suami aku akan sembuh seperti yang aku harapkan. Aku mesti stay positif dan yakin. Insyaallah,amin!

Khamis, 23 Mei 2013

Khamis, 2 Mei 2013

Still Zero!

Semalam aku and husband g ambil result semen analysis suami and keputusannya masih mengecewakan. Masih lagi zero sperm count. Selepas 6 bulan dan bermacam2 effort, hasilnya masih kosong. Kecewa mmglah kecewa, rasa nk nangis jer..tapi aku kena kuat untuk suami aku. Aku x mau dia down.

Aku bgtau diri aku yang aku masih x mau putus asa. mcm mana pun aku nk pujuk suami ke hospital untuk jalankan PESA supaya kami leh tau apa punca sebenar dia tidak mampu menghasilkan sperm. Aku tau dia takut, aku pun takut juga. Tapi lebih elok kami pergi mendapatkan kebenaran dan berusaha dengan setiap peluang yang ada, sbb masa terus berjalan...nanti klu aku dh tua, cam ne nk dpt anak?

selain tu, aku dh start keje baru sejak 2hb May lalu. Tempat keje baru kat kajang and agak jauh, tapi husband aku sanggup hantar and amik aku since waktu keje kami hampir sama and tempat keje pun dekat2..but tiap2 hari kena harung traffic jam la,something that i hate most. Mood agak kureng kat sini..ye la dh biasa tempat lama, sini systemnya kelam kabut dan sgt2 mengelirukan. Harap2 aku akan dpt adjustkan diri.

tapi yang paling utama kini ialah perjuangan aku untuk mendapatkan anak..semoga Allah mempermudahkan ujian kami ni kerana ia sgt2 berat untuk aku tanggung!

Isnin, 18 Februari 2013

mumps (beguk) akibatkan kemandulan?


Ni beberapa info aku dpt secara online and both of them agree yang infertility because of mumps is very rare..aku rasa lega skit and berharap sgt2 agar husband aku mampu menghasilkan sperma sendiri..

The testes (testicles) are sometimes affected. One testis may become inflamed, swollen, and painful for about a week. This is uncommon in young children. However, about 1 in 4 males who get mumps over the age of 12 years will develop a painful swollen testis. Occasionally, both testes are affected. In very rare cases this may cause infertility - www.patient.co.uk/health/Mumps.htm

 Do mumps or chicken pox cause male infertility? Does it matter if you have these as a child or an adult?

Speaker-_Dr__Edmund_Sabanegh: It is rare, but mumps can cause fertility problems when the infection spreads to the testicles. Fortunately this is very unusual and occurs when the infection is during the time around puberty.
Chicken pox does not cause fertility problems. http://my.clevelandclinic.org/multimedia/transcripts/sabanegh_transcript_male_infertility.aspx

Rabu, 9 Januari 2013

INFO ABOUT AZOOSPERMIA



http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=266628


Lelaki dengan Azoospermia ada harapan punyai zuriat
01-03-2007 03:15:25 PM
Oleh IBNU KHUSAIRI IBNU ARIS
KUALA LUMPUR: Pelbagai masalah pada sistem reproduktif lelaki boleh membawa kepada kegagalan menghasilkan zuriat dan salah satu daripadanya ialah Azoospermia.
Azoospermia ialah satu keadaan jarang di mana air mani langsung tidak mengandungi sperma yang perlu bagi persenyawaan. Kira-kira 10 hingga 15 peratus lelaki di dunia dan satu peratus lelaki di Malaysia mengalaminya.

Ia merupakan salah satu daripada masalah kaum lelaki yang menghalang penghasilan zuriat selain daripada masalah lain yang lebih lazim seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.

Keadaan ini amat sukar diterima terutama bagi lelaki yang baru berumahtangga tetapi ramai mungkin tidak mengetahui punca masalah itu dan sama ada ia boleh dirawat, kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Pakar Wanita Srivari Dr K. Thanikasalam.

      JANGAN SALAHKAN ISTERI
    
Apabila isteri tidak mengandung, biasanya suami akan menyalahkan isteri mereka mandul atau tidak subur tanpa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu, katanya.

Lazimnya 30 peratus daripada kegagalan mendapatkan cahaya mata berpunca kerana masalah pada suami dan selebihnya disebabkan masalah pada sistem reproduktif isteri.

Menurut Thanikasalam, pasangan yang gagal mendapatkan cahaya mata sekurang-kurangnya setahun selepas berkahwin boleh merujuk masalah mereka ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau pakar-pakar ginekologi swasta di mana pasangan suami isteri dikehendaki menjalani beberapa ujian untuk mengetahui siapa yang bermasalah dan rawatan baginya.

Dr Thanikasalam berkata lelaki biasanya susah untuk menerima hakikat yang mereka alami Azoospermia dan ini adalah kerana kurangnya pendedahan dan penjelasan tentang keadaan ini.

"Kaum lelaki boleh mengalami tekanan emosi yang teruk apabila mendapat tahu yang mereka mengalaminya namun jika mereka mengetahui lebih banyak maklumat tentang Azoospermia, pasti ia dapat membantu menguatkan semangat mereka," katanya.

Jika anda disahkan mengalami Azoospermia ini, apa yang sebaiksebaiknya perlu dilakukan ialah terus berusaha untuk mendapatkan rawatan melalui pakarpakar di hospital kerajaan dan swasta serta janganlah berasa tertekan.

      PUNCA-PUNCA AZOOSPERMIA
    
Azoospermia berlaku disebabkan oleh dua faktor, faktor pertama ialah kemalangan dan jangkitan kuman manakala faktor kedua pula disebabkan keturunan.

"Faktor pertama biasa berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya.

"Jangkitan virus jika lambat dirawat akan menyebabkan ia merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya," kata beliau.

Beliau berkata faktor kedua adalah apabila Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana biasanya ia disebabkan gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu.

"Jika faktor kedua dikenalpasti sebagai puncanya, maka lelaki yang mengalami Azoospermia ini tidak mempunyai sebarang harapan atau peluang untuk mendapat anak dan hanya kuasa tuhan yang boleh membantunya," kata beliau.

      RAWATAN UNTUK AZOOSPERMIA
    
Pertamanya lelaki terbabit perlu menjalani ujian untuk menentukan sama ada air maninya mengandungi sperma.

"Kemudian kita akan berikan dia ubat dan vitamin yang merangsang pengeluaran hormon yang bertindak menghasilkan sperma," katanya.

Selepas mengambil ubat itu lelaki terbabit perlu menjalani ujian air mani sekali lagi dan jika testis dalam keadaan normal biasanya keputusan ujian air mani kedua akan menunjukkan adanya kandungan sperma walaupun sedikit.

Namun begitu, menurut Dr Thanikasalam jika testis suami itu bermasalah keputusan ujian kedua biasanya akan tetap sama iaitu masih tiada sperma dikesan dalam air maninya.

"Jika ini berlaku, biasanya suami akan dikehendaki menjalani satu pembedahan kecil di testisnya iaitu sedikit tisu akan diambil dari testisnya untuk diuji di makmal sama ada sperma dihasilkan atau tidak oleh testis si suami tadi," katanya.

Menurut beliau, jika sperma dapat dikesan dalam tisu testis suami, maka Azoospermia mungkin berlaku disebabkan saluran yang membawa sperma untuk dicampur dengan air mani itu tersumbat atau rosak.

"Kita akan lakukan pembedahan untuk membetulkan kembali saluran itu dan selepas pembedahan dilakukan, biasanya penghasilan sperma akan kembali normal," katanya.

Jika hasil daripada pembedahan biopsi ini tidak dapat mengesan sebarang kewujudan sperma, biasanya tiada apa rawatan yang boleh dilakukan untuk membetulkannya.

Menurut Dr Thanikasalam saintis perubatan di seluruh dunia masih menjalankan kajian untuk mengenalpasti punca kerosakan kekal pada testis namun ia masih belum ditemui.

      APA YANG PERLU DIELAKKAN
    
Selain itu, golongan lelaki juga harus mengelak daripada memakai seluar yang ketat kerana ini akan menganggu proses semulajadi penghasilan sperma dalam testis.

"Testis memerlukan suhu sesuai iaitu 3 hingga 5 celcius kurang daripada suhu badan normal untuk menghasilkan sperma yang baik dan mampu bersenyawa dengan ovum," katanya.

Selain itu, menurut beliau amalan pemakanan yang sihat dan tidak merokok pasti menjadikan seseorang lelaki itu sihat secara seimbang daripada segi fizikal dan seksual.

"Setiap orang harus mendapatkan pemakanan yang cukup, tidur yang cukup dan senaman yang cukup bukan sahaja untuk memastikan kesihatan sistem seksual malah sistem badan mereka supaya berfungsi dengan baik," katanya. BERNAMA

Label