Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Rabu, 17 Oktober 2012

1st apponment & bad news

17.10.2012 - aku pergi ke Pusrawi Kajang seperti yang aku dh rancangkan. Malam sebelum 2 aku dh g urut ngan mama dulu and dia kate rahim aku laju and tidak ada apa2 masalah. So aku pun ke pusrawi dengan keadaan agak confidence jugak. Sampai situ kena tunggu 1 jam coz doktor de pembedahan emergency. Aku mula rase x syok. Tapi aku ttp tunggulah. Then finally the doktor arrive..namanya Dr. Jamaliah.

Jumpe je doktor aku bg tau sejarah aku and tunjuk jadual period aku. Aku bgtau aku nak wat HSG x-ray but dia kate itu just untuk check tube.. Dia rase better dia check benda lain dulu. So aku pun di scan. And alangkah terkejutnya aku bile dia tunjuk pada kedua2 belah ovari aku ada PCOS! Aku x pernah sangka aku akan ada masalah ini kerana period aku sentiasa normal dan berat badan aku ideal. Then dia tunjuk telor aku, katanye telor aku kecil. Dia ade kate ada kemungkinan aku x ovulate every month. During that time aku still ok lg. Aku bgtau diri aku x pe, maybe pas mkn ubat nanti PCOS ni akan go away. Then dia set up date untuk ambil darah which is CD21 and CD2. Dia also bg botol untuk husband aku masukkan sperm sekali. Date untuk jumpe kembali 12.11.2012. Aku x bgtau hal ni pd husband aku coz aku x tau mcm mane nk bgtau dia. Aku rase better tunggu ujian darah and biar doktor je bgtau dia. 

Next, aku blk umah, rilex2 and tertidor. Bila aku bangun tidur barulah aku rase sedikit sedih. Aku x de tempat nak berbicara. Laki aku dah keluar. Then aku call best friend aku and pada dialah aku menangis. Aku arse sgt sedih coz impian aku untuk jadi ibu entah bila akan tercapai. But aku cuba kuatkan semangat aku. Aku bgtau diri aku sendiri lg best hidup berdua kot. Klu ada anak penat and susah nak tdo mlm. X de lagi enjoy2 and lepak2 ngan laki aku. 

Then aku n husband kuar dinner n then aku ajak dia g umah mak dia. Aku rase menyesal betul ajak dia coz my SIL ade kat sane. Dia ni very compulsive and since dia lg tua dari aku dia selalu layan aku mcm aku ni budak2. But apa aku leh wat, sbr jelah. Cam biasa aku dok borak2 and aku dpt tahu dia dh preggy 2 bulan (tu pun laki dia yg eager nak bgtau n aku dpt tangkap dari gerak geri dioarng). Aku rase tersentap gak. Coz yelah  dia khwn bulan 3 hari 2..sekejap je dh preggy. And aku dapat berita ni di saat aku dpt tau yang aku ada PCOS. Jadi its hurt double! Jeles cemburu menguasai diri. Aku nak sgt balik aje time 2 tp laki aku kuar g belikan nasi lemajk untuk adik2 dia and hujan lebat kat luar 2. Aku bangun g duduk kat mak mertua aku plak. And mulut dia membebel mengata orang je. Pastu berlagak pula ngan aku tetiba. Tp x pe, aku sabar je. Time nak balik dia suruh laki aku bawak kereta, aku kate x yahla, hujan 2 kan air. Then dia mrh aku, kang aku demam. aku ni kan lemah, selalu demam. Bile mase lak aku selalu demam.

Naik je kereta aku x dpt tahan air mata aku. aku menangis. For me thats it. Its a very bad day. Dahlah aku de PCOS, then adik ipar aku ngandung dulu dr aku and mak mertua aku sentiasa memperkecilkan aku. Since aku mmg tgh sedih pasal hal PCOS 2, menangis lah aku...bile laki aku tanye, aku just ckp aku kecil hati ngan mak and adik dia. Aku x bgtau dia psl hal PCOS 2. 

Aku sedih and kecewa. Sepanjang mlm x dpt tdo. Bgn pagi kena gastrik pula. Sedih2... Nak g keje pun x de mood. But i know life must go on. aku datang keje and wat mcm biasa sedangkan dalam hati ni...hanya Allah yang tahu. 

Aku solat and berdoa pada Allah yang aku x mampu hadapi dugaan ini. Hidup aku selama ini sentiasa penuh dengan pancaroba but seriously aku x boleh hadapi yang ni. Aku x leh terima hakikat yang menyakitkan ni. Aku takut aku x mampu beri anak pada suami aku. Aku takut rawatan untuk PCOS ni nanti just akan bawa kekecewaan pada kau lagi. Aku takut suami aku fed up and tinggalkan aku. Ya Allah, kasihanilah hambamu ini Ya Allah. Jgnlah Dikau uji kami dengan ujian yang x mampu kami hadapi ini!

Label