Journey to TTC



Robbi latadzarni wa anta khoirul warisin“ (an biya ; 89)

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik.

Robbi habli miladunka dzuriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a“ (ali imran;38)
Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa.

Daisypath - Anniversary

Isnin, 3 September 2012

my 1 step


1.10.2011 Tanggal aku menjadi seorang isteri. Sukar untuk aku gambarkan perasaan ketika itu.

Pastinya hati berbunga2 indah kerana akhirnya berjaya diijabkabulkan dengan insan yang dicintai.
Keinginan ku untuk menjadi seorang ibu terus bercambah saat itu juga.



Tambah pula aku n suami sama2 sangat menyukai kanak2. Masa berkahwin suami sudah pun

menjejak 30tahun dan aku pula 25tahun.

















Bulan demi bulan berlalu, setiap bulan ku nanti penuh sabar. Setiap kali ku berdoa hanya

zuriatlah yg ku pinta dari Allah. Ramai juga sahabat2 ku yang lain sudah hamil atau pun sudah pun
mempunyai cahaya mata. Di mana2 ku pergi pasti soalan wajib ditanay adalah anak.

ku berusaha n tawakal menanti dan terus menanti. Ada masanya apabila turunnya haid aku 
x mampu membendung air mataku dr tumpah. Ada pula ketikanya melihat orang lain sedang sarat 
membuyut hamil atau mendukung anak kecil dadaku menjadi sebak.














Memanglah kini kami baru 11bulan berkahwin, itu bererti bulan hadapan sudah setahun aku dan
suami bernikah! Bagi sesetengah orang mungkin baru lagi tapi ada pula suara2 mula berbisik

mengapa kami masih belum hamil? Sudah tentu banyak persoalan ditujukan kepadaku

sehingga ada masa aku menjadi rimas! 

















Ada bayak juga petua yang telah aku cuba, tapi masih gagal. Bersama pada tempoh subur mmg 
sentiasa aku nanti2kan. Selain tu aku ada juga minum susu kambing blend bersama kurma (pesanan
seorang ustaz). Ada juga berurut, kata nenek bidan 2 aku ok begitu juga rahim ku. Mungkin belum rezki 
lagi katanya. 



















Tapi mungkin kini aku perlu ambil tindakan drastik. Sebagai permulaan, aku baru sahaj order jamu 
pengantin dara keluaran jamu susuk dara semalam. Tujuannya membersihkan dalamanku dan
memperbetulkan hormon (harap2 jadilah n x teruk side-efectnya!) And seterusnya klu dlm tempoh beberapa bulan
masih belum hamil, aku n husband akan ke hospital berdekatan and buat check up.












Wish me luck! 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label